PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Tuesday, 31 January 2012

Rakyat Malaysia Masih Ramai yang Bodoh Rupanya


Sebelum ini Wak perasan ada pihak di media sosial memainkan gambar yang di sebelah Kanan kononnya kejadian ini dapat memaparkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia. Namun gambar tersebut telah dijelaskan bahawa ianya bukan berlaku di Malaysia tetapi di Indonesia. 

Timbul pula pula gambar yang menunjukkan keperitan sekumpulan anak-anak kecil yang terpaksa menyabung nyawa untuk kesekolah dengan hanya memaut tali yang mana jambatan asal telah musnah. Ini perkara yang sangat menyedihkan kerana negara kita punyai waktu 8 tahun sahaja lagi untuk menuju negara maju iaitu Wawasan 2020.

Wak agak hairan apabila wak baca komen2 daripada pengunjung asal gambar ini, hampir kesemuanya menyalahkan kerajaan secara total. Hampir kesemua komentar mengkritik membabi buta tanpa bertanya dimanakah lokasi jambatan ini. Wak juga hairan, mereka hanya nampak SABAH terus menyalahkan Barisan Nasional. Bayangkan negara kita hendak mencapai status negara maju tetapi minda rakyat baru kelas ke-3. Sebagai rakyat yang prihatin, mereka akan cuba bertanya kepada orang yang bertanggungjawab memuatnaik gambar ini dimana lokasi yang setepatnya. Ini penting supaya bantuan dapat diberikan secepat mungkin.

Ada juga pengunjung yang memberi maklumbalas bahawa bila sudah ada kematian baru kerajaan hendak bertindak. Jawapan wak mudah sahaja, kerajaan bertindak sebab sudah dimaklumkan ada kematian bermakna kalau perkara ini diadukan kepada pusat-pusat khidmat masyarakat yang berhampiran insya'allah wak rasa wakil rakyat akan membantu. Masalah pokoknya sekarang lokasi pun tidak tahu macam mana wakil rakyat hendak membantu. Kalau ditanya kepada pengunjung yang memaki hamun dimana lokasi, rata-rata hanya akan jawab Sabah tapi tak tahu lokasi khusus. Bodohkan...

Di sini wak paparkan beberapa komen pengunjung yang mana hanya mempunyai tanggapan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Sabah.



antara komen yang positif:



SESIAPA YG MENGETAHUI DIMANA LOKASI INI, SILA TINGGALKAN PESANAN DI RUANGAN KOMEN!!!SAMA-SAMA KITA BANTU ADIK-ADIK INI UNTUK KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT...


Waheeda Kembali ke Pentas !!!




Wow...berpurda??siapa tu??hehe....pegang microfon...bagi tazkirah ke???dihadapan ostad pas!!!sambil tersenyum....paku tak nak komen panjang..cuma nak kongsi tazkirah sikit....tak perlu gitar karan pn tak apa...kehkehkeh

Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat:
'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

belakang tu ada sorang OSTAD PAS!!!kehkehkeh...

Akhil Hayy pernah kata  "Hiburan Anjuran UMNO-BN Budaya Kuning…."


yang hok ini budaya gapo akhil wei???

Gelaran Profesor Aziz Bari Digugurkan !! Datuk Sonny Ho tak campur !! Wak Zizan jangan riak !!



Umum telah mengetahui bahawa Encik Aziz Bari telah menamatkan perkhidmatannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mana-mana gelaran Profesor yang diberikan oleh Universiti akan dilucutkan secara automatik sabaik sahaja seseoarang tenaga pengajar menamatkan perkhidmatannya di sesebuah Universiti. Namun, Encik Aziz Bari boleh menggunakan gelaran Profesor sekiranya ada mana-mana Universiti memerlukan Khidmatnya selepas ini. 

Sebelum ini, Encik Aziz Bari telah menyindir Wak Zizan supaya masuk BN apabila Wak Zizan dengan tegasnya mempertahankan AUKU yang dikenakan terhadap penuntut KUIN. Wak Zizan juga mengakui bahawa Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat adalah ciptaan manusia dan standard yang ada pada buku tersebut tidak layak untuk di samakan dengan Kitab Suci Al-Quran.

Paku merasakan sindiran Encik Aziz Bari sebelum ini telah mengguris hati Menteri Besar Kedah. Apa tidaknya, Zizan merupakan ketua pentadbiran negeri Kedah dengan senang disuruh masuk BN oleh Encik Aziz Bari. Paku merasakan, walaupun Wak Zizan tidak setuju dengan dengan prinsip Buku Jingga yang mana mahu menghapuskan AUKU namun dia juga tidak layak menyertai Barisan Nasional. 



Paku mengharapkan agar Wak Zizan jangan cepat berpuas hati apabila gelaran Profesor yang membuatkan Encik Aziz Bari Tersohor sebelum ini telah ditarik balik. Ini kerana, pada 6 Februari 2012, Mahkamah Tinggi Alor Setar akan mendengar sebutan writ saman injuksi Jawatankuasa Madrasah Salihiah ke atas kerajaan negeri Kedah. Sebelum ini, Wak Zizan dengan megahnya mengumumkan bahawa akan merobohkan Madrasah yang mana merupakan tanah wakaf demi projek ratusan juta untuk pembangunan sebuah Komplek Beli Belah, Aman Central.



Paku amat hairan bahawa Wak Azizan masih tetap dengan keputusannya tatkala Pengarah Urusan Kump Bellevien Datuk Sonny Ho yang berbangsa Cina tidak mahu mengulas berkaitan isu merobohkan Madrasah dan menyerahgkan bulat-bulat kepada Wak Azizan. Ini bermakna, sama ada Madrasah Salihiah akan dirobohkan atau tidak itu terletak ditangan orang yang BERKUASA MB KEDAH..

Sebelum ini, Wak Zizan dengan lantang mengatakan bahawa "sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan negeri dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek pembangunan Aman Central akan dilaksanakan mengikut jadual."

Tunggu 6 Februari ini keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang mana akan mendengar sebutan writ saman injuksi Jawatankuasa Madrasah Salihiah ke atas kerajaan negeri Kedah. Kalau diikutkan kata-kata Wak Zizan ini, dia tetap akan merobohkan madrasah itu demi projek RM 500 juta tersebut. Umat Islam terpaksa melopong kalau benar apa yang dikatakan Wak Zizan ini akan dilakukan.

Psst: Adat Orang Berkuasa mampu melakukan apa sahaja !! jangan nanti dah hilang segala-galanya baru nak menyesal!!!

Monday, 30 January 2012

DAP PARTI BERBILANG KAUM??? PENIPU !!!


Pemuda BN cabar DAP buktikan ramai ahli Melayu


IPOH 23 Jan. - Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai ahli daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang ahli Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'.

"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai ahlinya yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini hari ini.

Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keahliannya daripada orang Melayu.

"...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya. - BERNAMA

______________________________________________________________________________




sumber: SINI


Apa yang kita dapat lihat Pucuk Kepimpinan DAP peringkat kebangsaan mempunyai sebanyak 31 kerusi jawatan. Seperti yang kita sedia maklum DAP sebuah parti cauvanis dan rasis. Paku amat hairan apakah maksud DAP yang mereka katakan bahawa DAP sebuah parti berbilang kaum??kalau kita lihat struktur jawatankuasa pucuk kepimpinan DAP kebangsaan ini seramai 24 orang daripada kaum CINA, 5 orang INDIA dan hanya 2 orang MELAYU. Apakah ini dinamakan sebuah PARTI berbilang kaum. Sedangkan majoriti besar terdiri daripada KAUM CINA iaitu 24 orang daripada 31 kerusi jawatankuasa pucuk pimpinan DAP KEBANGSAAN. Bermakna bilangan CINA dalam pucuk kepimpinan ialah 77.42%


jawatan yang diberikan kepada orang MALAYU yang kita ketahui adalah pengangkat bendera tetapi jawatankuasa induk dimonopoli oleh masyarakat CINA.





adakah dengan jawatan pengangkat bendera sudah cukup menunjukkan DAP sebagai sebuah PARTI BERBILANG KAUM??sekadar jawatan pengangkat bendera paku ibaratkan jawatan ini sebagai pekerja bawahan tetapi jawatan penting dimonopoli oleh bangsa mereka. Namun apabila ditanya mereka tetap akan menjawab berbilang kaum. Ini pun masih ramai masyarakat Melayu yang rela dibodohkan.

Pakatan Rakyat pada waktu ini semakin tertekan apabila krisis dalam parti PAS yang mana pelucutan Hasan Ali daripada PAS. Krisis Azizan dengan AUKU dan buku Jingga membuatkan DAP dan PKR menghentam PAS selumat-lumatnya. Hadi Awang dijangkakan tidak akan bertanding PRU 13. Bayangkan, kalau jawatan NO 1 dalam Parti tak mahu Bertanding sudah tentu ada APA-APA yang berlakukan...Nik Aziz pula bila nak letak jawatan??paku nasihatkan pegang lah jawatan sampai MATI...


"demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam." doa Hasan Ali

AMIN......

MB TERENGGANU WARNING BLOGGER!!! JANGAN FITNAH & SEDIA BAGI MAKLUMAT!!!MEMANG STEADY!!!




KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Para penulis blog dinasihati agar menghindari budaya fitnah kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah merugikan bangsa dan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, paling teruk apabila penduduk tempatan terpengaruh dengan berita-berita berunsur fitnah melibatkan pemimpin di negeri mereka yang dimuatkan dalam pelbagai blog.

Katanya, fitnah dan pembohongan dalam penulisan terutama berkaitan isu sosial dan politik mampu mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap sesebuah kerajaan.

"Saya mahu penulis blog lebih bertanggungjawab dengan apa yang dipaparkan iaitu melalui penyiasatan yang dibuat terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Justeru itu, bagi pihak kerajaan, saya sedia bekerjasama dengan penulis blog dalam memberi sumber-sumber dan maklumat yang tepat mengenai pembangunan negeri Terengganu untuk bahan blog anda," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Bersama Blogger di Kediaman Seri Iman dekat sini, semalam.

Pada majlis tersebut kira-kira 80 penulis blog dari seluruh negara berkumpul atas jemputan khas Menteri Besar itu bagi bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin kerajaan negeri ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pengarah Unit Komunikasi negeri, Shamsuddin Sulong.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin politik sering menjadi mangsa fitnah dalam sesebuah kerajaan negeri, selain dipertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai mereka.

Jelasnya, akibat daripada penyebaran fitnah itu, sesebuah kerajaan boleh jatuh dan menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

"Apabila pemimpin politik dijatuhkan akibat fitnah, rakyat yang rugi kerana apa yang dirancangkan tidak dapat diteruskan di masa depan kerana mereka tidak lagi menjadi pemimpin," ujarnya.

Sementara itu, dalam sesi dialog bersama penulis blog berkenaan, Ahmad turut menghargai sumbangan 300 daripada 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu merancakkan pembangunan di Terengganu.

Katanya, pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2 juta untuk diagihkan kepada semua NGO bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan masing-masing. -utusan

REPLIKA AL-QURAN ATAS ATAP MASJID!!! HUKOMNYA???


Assalamualaikum.Kepada bijak pandai Islam . Apakah hukumnya kita mereplikakan sebarang tugu atau simbol walau Al-Quran sekalipun di atas tempat yang tinggi sebagai bangaan dalam Islam?

sumber: Ambo Pakoh BN

Syeikh Ibnu 'Utsaimin memperingatkan dua perkara berkaitan al-Quran iaitu jika menganggap menggantungkan ayat al-Quran termasuk dalam ibadah, perbuatan itu tidak pernah dilakukan sabahat dan pengikut mereka.

Atau jika menggantungkan ayat itu dengan niat mengelak keburukan, ia bukan perantara untuk mengelak keburukan tetapi membaca ayat suci al-Quran dapat membantu daripada gangguan serta mengelak keburukan.

apa yang ditunjukkan di dalam gambar ini bukan Al-Quran sebenar tetapi ianya memaparkan seakan-akan al-quran..apa hukomnya???

Bakal Presiden PAS Tok Guru Md Sabu ada jawapan tak agak2???

PAS BAKAL HILANG UNDI !! JANGAN SESEKALI UNDI DAP !!


PAKU:

HAMPIR 5000 ORANG CERAMAH HASAN ALI (SEKSYEN 17)

+

KEHADIRAN RAKYAT BUKTI HASAN ALI TIDAK KESEORANGAN!!

+

DR HASAN ALI IKHLAS BERJUANG KE JALAN ALLAH S.W.T

+

DR. HASAN ALI DIBUANG PAS TANPA DIBERITAHU PERTUDUHAN DAN TIDAK DIBENARKAN MEMBELA DIRI

+

TELAH DIBUANG JAWATAN EXCO NEGERI SELANGOR SEMASA TEMPOH RAYUAN

+

HASAN ALI BERDOA DEMI ALLAH S.W.T, DEMI RASUL BERJANJI

+

TIDAK MENGUNDI DAP

+

ANWAR BERI AMARAN iaitu PENASIHAT EKONOMI SELANGOR!!!

+

KERANA TERLALU KERAP BANTERAS RUMAH URUT, KEDAI ARAK, PENZINAAN

+

ALASAN ANWAR???

+

BIARKAN MEREKA BEREHAT KERANA SIANG TERUK BEKERJA

+

DENGAN TUJUAN

+

DAPAT MENINGKATKAN EKONOMI SELANGOR

=

PAKATAN RAKYAT RETAK MENUNGGU BELAH!!!!

AYUH RAKYAT SELANGOR!!

NYAHKAN PAKATAN RAKYAT DARI BUMI SELANGOR!!!


 SELANJUTNYA DI SRO



PASni UMNO

Selepas Tantawi, Duta Palestin pula 'menempeleng kepala' anuar!!!


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya. 
— BERNAMA

====================================================================

menyokong keamanan Israel sekiranya keselamatan Palestin terjamin...



Israel entiti haram yang terlalu besar dosa terhadap umat Islam. Melindungi mereka adalah pengkhianatan terhadap ummah!! - Ketua Dewan Pemuda Pas

Inilah realiti Anwar yang akan mencari berbagai helah untuk melepaskan 'kote tengkok' dia. Paku tidak hairan kalau para pendengar pemidatoran Anwar percaya kerana paku tahu kelebihan Anwar adalah dari seni pemidatorannya. Perkara yang membuatkan paku hairan ialah masih ramai pendengar yang percaya apa yang anwar katakan itu 100% betul...


ABAI
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim





DAP DAN PKR DAH HENTAM AZIZAN BERKENAAN AUKU!!!PAS BILA LAGI???

AUKU: DAP Susuli PKR Bidas Azizan



PULAU PINANG, 30 JAN: Selepas dicemuh olek pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak kini dibidas oleh  DAP ekoran tindakan universiti milik kerajaan negeri  Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya menggunakan Akta Universiti dan KOlej Universiti.

Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim berkata, Azizan membelakangkan janii Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU dalam Buku Jingga apabila beliau mempertahankan penggunaan undang-undang itu terhadap mahasiswa berkenaan.
"Dasar itu bukan kata-kata kosong tetapi prinsip anggota Pakatan, termasuk PAS," kata Sim dalam kenyataannya hari ini.

Sim yang juga ahli majlis Seberang Jaya berkata, isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan pelbagai pihak bagi menunjukkan mekanisme Pakatan Rakyat lebih berkesan.

Minggu lalu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan pensyarah Undang-Undang Profesor Aziz Bari menegur Azizan kerana mempertahankan tindakan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Azizan bagaimanapun menganggap Buku Jingga itu bukan Al Quran dan beliau mempunyai tanggungjawab mempertahankan tindakan KUIN menggunakan AUKU terhadap pelajar terbabit.

Ketua Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata parti komponen Pakatan Rakyat tidak harus mencampuri urusan kerajaan negeri Kedah.

Beliau menyifatkan sebagai  “mudah” untuk PKR mengkritik Azizan kerana parti itu bukan menanggung beban yang dibawa oleh Menteri Besar itu..-antarapos
______________________________________________________________________________

Paku kesian tengok ostad zizan sorang ni, tak cukup dengan hentaman oleh Prof Aziz Bari tambah pula PKR dan terkini DAP...buku JIGGA bukan AL-Quran!!!salah ke kenyataan AZIZAN???bagi paku tak salah..azizan bebas mempertahankan AUKU walaupun dia di dalam PAKATAN. ini membuktikan Pakatan Rakyat juga sokong AUKU dan menganggap Buku Jingga tidak sesempurna Al-Quran..hidup Azizan!!!PKR dan DAP balunlah Azizan (PAS) cukup-cukup...inikah bala dari Allah kepada Azizan yang telah setuju meruntuhkan Rumah Allah demi projek RM 500juta???PAS tersepit di SELANGOR dan KEDAH!!!
PAS, PKR dan DAP langsung tiada KESEPAKATAN!!!PAKATAN hanya pada nama!!!

PASni UMNO!!!



JUAL BAUCER BB1M: 113 MAHASISWA UUM DIPANGGIL BERI KETERANGAN!!



SINTOK 30 Jan. – Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengambil keterangan daripada 113 pelajarnya yang dikatakan terlibat menjual Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebelum apa-apa tindakan diambil terhadap mereka, kata Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

"Kita menyedari tentang penjualan baucar itu sejak bermulanya penyerahan baucar kepada pelajar. Ada individu telah mengiklankan pertukaran baucer itu untuk mendapatkan wang tunai di sekitar kampus.

"Selepas menyedari perkara tersebut, kita telah arahkan pihak keselamatan UUM membuat siasatan dan telah menahan sepasang suami isteri yang datang dari Selangor dan menyewa di apartmen UUM pada 15 Januari lepas sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini bahawa polis telah menahan sepasang suami isteri kerana disyaki membeli sekurang-kurangnya 113 baucar tunai daripada pelajar UUM di sini.

Pasangan itu yang memiliki kedai buku di ibu negara dikatakan menawarkan wang tunai RM180 kepada pelajar universiti terbabit sebagai pertukaran bagi BB1M bernilai RM200.

Mohamed Mustafa berkata, pihaknya mempunyai nama semua pelajar terbabit dan akan memanggil mereka sebaik sahaja semester kedua bermula. – BERNAMA

Paku sebelum ini ada mendedahkan bahawa Mahasiswa yang menerima BB1M perlu mengetahui beberapa perkara di sini...dapat manfaat tu buat beli bukukan bagus!!!bila tak bagi tahu pula membebel kerajaan tak prihatin..bila diberi kau buat sesuka hati...

Sunday, 29 January 2012

LAGU AWAN NANO JUARA!!!KETUA CABANG PKR PT SULONG PENULIS LIRIKNYA!!!


Disini paku ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan tahniah kepada Hafiz yang telah menyanyikan lagu berjudul Awan Nano. Pakaian yang digunakan Hafiz pada malam tadi amat santai dengan mengenakan baju t dan berseluar tracksuit. Ternyata kebolehannya menyampaikan lagu amat memukau para juri untuk menobatkan Hafiz sebagai vokalis terbaik dan lagu Awan Nano dipilih sebagai lagu terbaik dalam AJL ke-26 ini.



Disebalik cerita itu, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penulisnya ialah Hasmi Hashim iaitu Ketua Cabang PKR Kawasan Pt. Sulong. Ternyata TV3 sebagai media arus perdana tidak memilih bulu apabila tetap menobatkan sebuah lagi hasil ciptaan seorang yang bernaung dibawah Parti Pembangkang. Apapun yang berlaku, kejayaan Hasmi mampu membuatkan Shamsul Iskandar gelisah kerana sebelum ini Syamsul telah berjaya mengalahkan Hasmi dlm perebutan kerusi ketua AMK 2007.

Namun, pengiktirafan yang diberi belum mampu mengubah persepsi minda masyarakat Pembangkang di Malaysia bahawa TV3 adalah media yang telus. Mereka akan tetap memboikot walaupun TV3 mengiktiraf anggota mereka. Pengiktirafan ini adalah disebabkan bakat yang dipunyai penulis lirik dan juga penyanyinya Hafiz yang mempunyai kemampuan vokal yang tersendiri hasil daripada ketelusan juri menilai.

Dato' Noraini Ahmad

Paku nak ingatkan kepada seluruh anggota UMNO dibawah Kawasan Parlimen Parti Sulong yang dipimpin oleh Dato' Noraini Ahmad perlu berwaspada dengan individu ini kerana beliau mungkin akan menggunakan pengiktirafan ini bagi menarik penggundi yang meminati lagu ini khususnya golongan remaja di atas pagar. Dikhabarkan sebuah markas PKR telah berpengkalan disebuah taman dimana lokasi pasar malam berlangsung pada setiap hari ahad. UMNO Pt. Sulong jangan leka!!!

seperti yang dijangka, mereka akan menggunakan perkara ini sebagai bahan kempen untuk menarik perhatian pengundi...


*Mengikut sejarah kawasan Pt Sulong merupakan Kubu Kuat UMNO..jangan leka!!boleh semak di sini

PENDEDAHAN YANG BOLEH MEMBUATKAN PAS HILANG TARING!!!12 DALIL PAS WAJIB DITOLAK!!!PARTI ADAT DAN SOKANLAH JAWABNYA!!!


PANAS !!! 12 DALIL KENAPA PAS "WAJIB" DITOLAK !!! PAS BUKAN PARTI ISLAM - PAS PARTI ADAT & SUKAN !!!



1. HUKUM MENGIKUT RASA

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. 

Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. 



Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). 


Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.



2. PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. 



Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. 

Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.


3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. 



Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. 

Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.



4. MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. 

Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. 

Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

Terbaru, program HIMPUN ditentang secara terang-terangan.




5. AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN 

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. 

Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). 

PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).




6. PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. 

PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. 

Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.


7. DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. 

Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. 

Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".


8. PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. 

Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).




9. PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. 



Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.




10. BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. 

Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ". 

Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).



11. MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud Allah. 



Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". 

Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. 



Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata : "Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001% daripada hukum Islam". 

Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.




12. PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. 

Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. 

Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. 

Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.



Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. 

Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.



PAS IS DEAD !!!

sumber: I4TT

Saturday, 28 January 2012

TANTAWI MENEGUR ANWAR!!APAKAH NASIBNYA BAKAL DIPECAT SEPERTI HASAN ALI?



KUALA LUMPUR 28 Jan. - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.

Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).

"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.

"Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT," katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.

Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin.-utusan

Paku amat berharap supaya pas keluarkan diri daripada diperbodohkan oleh anuwar!!sedarlah orang pas..kita lihat kembali bagaimana anwar menggunakan pentas pidato untuk membenarkan yang batil. Paku tak kisah kalau anwar mengarut kerana dia memang macam itu tapi paku hairan bila ada orang pas dalam video ini langsung tak nampak apa yang silap dilakukan oleh Anwar...

psst: kalau salah tu jangan kecut telur nak tegur!!!PAS masih diam lagi ke..zuhud ke sampai pkr pijak kau!!tak cukup lagi apa yang berlaku di selangor Parti Islam Semalaysia ditukar kepada Parti Adat dan Sukan???tak sedar lagi ke!!!zuhud sangat ke anwar ni???

Masih Ramai Orang PAS yang masih dipukau oleh ANwar!!!!

 


PESANAN UNTUK ORANG PAS:

Hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu. Kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa PAS kini berada dalam kancah pergolakan. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya. Sebagai parti yang besar, kenyataan itu amat luar biasa, ini mungkin kesan konflik yang berlaku dalam PAS, termasuk isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Situasi ini juga mungkin memberi tamparan hebat kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sepatutnya membuat keputusan seperti itu memandangkan beliau telah uzur dan sudah lama sebagai Menteri Besar Kelantan. - Terompah Besi

ANWAR TAK BOLEH DENGAR '1 MALAYSIA'..BIJAK DS NAJIB!!!


mewujudkan 1 masyarakat yang berpadu dan semangat cinta negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan Rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir, dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa

inilah yang Anwar tak boleh dengar!!!

terbukti slogan 1 Malaysia mampu membuatkan Anwar Ibrahim tak senang duduk. Bantuan demi bantuan, kejayaan demi kejayaan yang dibuat oleh PM DS Najib ternyata membuatkan Anwar dan koncu2nya tak senang duduk. cukup dengan slogan 1 Malaysia sudah cukup membuatkan Anwar tak senang duduk. yang membuatkan aku ketawa bila penyokong-penyokong tegar pakatan rakyat ada juga berebut manfaat 1 Malaysia. Woi pemimpin yang korang agung-agungkan tak suka 1Malaysia macam mana penyokong taksub boleh terima bantuan 1 Malaysia...ternyata anwar tertipu...

YEAH!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!1 MALAYSIA!!!

CMFM ANWAR TAK SENANG DUDUK!!!

NAH BUKTINYA!!!



takkan baru dengar 1 Malaysia dah panas hati!!!
agak2 penyokong anwar yang ketawa ni ada tak ambil manfaat KR1M, BB1M, BR1M dan akan datang SARA1M???
dengan 1 Malaysia juga kita dapat lihat kemunafikan puak2 pembangkang yang kononnya tak suka 1 Malaysia tapi ternyata ada antara mereka yang ambil manfaat dari Konsep 1Malaysia yang diperjuangkan....

1 Malaysia Anwar OI!!!!

LINCAH!!!SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA (SARA)!!!


Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA)




Isnin (31 Jan 2012), rakyat yang berpendapatan kasar isi rumah antara RM 500-RM 3000 boleh  membuat permohonan Sara 1Malaysia di cawangan bank MAYBANK, RHB, CIMB dan BSN. Syarat kelayakan adalah seperti berikut:


klik gambar untuk besarkan

anda juga mempunyai 2 pilihan iaitu dengan cara pinjaman atau pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk melabur dalam skim Sara 1Malaysia ini.

Pinjaman:
  • Gaji bawah RM3,000 – buah pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan adalah sebanyak RM50 (RM134-RM84)


Pelaburan Tunai:

  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan



* pelaburan SARA 1MALAYSIA (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) ini merupakan idea terkini DS Najib selepas KR1M, BB1M dan BR1M. macam biasa, bila ada bantuan daripada Kerajaan pasti akan ada pihak yang seperti iblis kepanasan akan menyebarkan FITNAH dan REKAYASA mengatakan bahawa ini merupakan gula-gula pilihanraya. Inilah jawapan recycle yang akan dimainkan selain jawapan menyalahkan UMNO...




pat-pat siku lipat,
siapa cepat dia dapat....

EKSLUSIF: WAJARKAH KITA MENYOKONG KESELAMATAN ISRAEL???EDISI SINGKAP SEJARAH!!!



AIDCNews – 27/10/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.

Lapor portal itu lagi, walaupun Ketua Umum PKR itu menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwarjuga berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.

“Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka”, katanya. -AIDC

Psst: Paku hairan juga bila membaca kenyataan Anwar yang menyokong tindakan melindungi keselamatan Israel. Umumnya telah kita ketahui bahawa Israel bukan sebuah negara yang sah dan diiktiraf. Israel juga meragut nyawa saudara Islam kita dengan kejam dengan berbagai bentuk siri serangan haram ke atas negara Palestin. Disini Paku hendak berkongsi sedikit sejarah tentang kekejaman Israel ke atas dunia Gaza

WAJARKAH KITA MENYOKONG KESELAMATAN ISRAEL???


Tragedi peperangan antara Gaza dan Israel sememangnya diketahui oleh masyarakat seantero dunia. Tetapi adakah kita megetahui apakah punca semua ini berlaku. Ada pendapat mengatakan bahawa Israel menyerang bumi Gaza adalah dengan tujuan untuk menguasai wilayah tersebut. Hal ini disebabkan kerana bumi Palestin kaya dengan hasil bahan mentah minyak dunia. Tetapi ada juga pendapat mengatakan ianya bermula apabila Pilihan Raya Parlimen Palestin (PLC) yang dijalankan pada tahun 2006. Sebenarnya, jika hendak diikutkan tarikh keberlangsungannya PLC harus diadakan pada tahun 2006. Atas desakan, masalah dan konflik yang berterusan, ianya telah tertanggunh sejak 1996.

Pilihan raya yang telah diadakan pada tahun 2006 disahkan adil dan teratur oleh Jimmyn Carter  yang merupakan seorang pemerhati mantan presiden Amerika Syarikat (US). Hal ini membuktikan bahwa semua keputusan pilihan raya adalah atas kehendak rakyat Palestin dan bukannya kerana ugutan, membeli undi atau taktik-taktik tidak jujur. Dalam pilihan raya tersebut, lebih daripada 70% rakyat Palestin keluar mengundi dan jumlah  ini merupakan jumlah yang tertinggi. Dalam pilihan raya tersebut Kerajaan Hamas telah menangi dengan mendapat jumlah undian majoriti. Dengan ini, Hamas telah mendapat mandat oleh rakyat Palestin untuk membentuk kerjaan. Keputusan PLC adalah seperti berikut:

Komponen Pilihanraya                                 Bil. Kerusi yang dimenangi
Hamas                                                                     74

Fatah                                                                       45

Lain-lain                                                                   13

(Sumber: Palestinian Legislative Council)

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Amerika terkejut bagaimana sebuah organisasi ‘pengganas’ mendapat mandat selesa dari rakyat Pelestin. Kekalahan ini berpunca dari tindakan Amerika yang gagal memahami aspirasi rakyat Palestin yang telah dijajah dan dinafikan hak dan tanah air mereka. Kemenangan ini disebabkan majoriti rakyat Palestin menyokong polisi Hamas yang tidak mahu mengiktiraf Israel dan menolak ‘perjanijian damai’ yang berat sebelah. Selepas kekalahan sekutu Amerika (Fatah), Amerika memaksa atau menuntut Hamas supaya melucutkan genjatan senjata, mengiktiraf semua peranjian terdahulu di antara Palestine Authority sebelum ini dengan Israel.

Jika Hamas mengiktiraf Israel, maka mereka terpaksa mengakui penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin, menghalalkan semua jenayah keji atau kemanusiaan yang telah dilakukan ke atas rakyat Palestin, mengkhianati lebih 5 juta pelarian Palestin yang tidak dibenarkan pulang dan merestui hasrat Israel untuk mengambil alih Baitul Maqdis dan masjid Aqsa. Setelah kita melihat bagaimana tuntutan dan segala perkara yang harus dilakukan oleh Hamas terhadap Israel, sekarang kita akan melihat bagaimana pendirian Hamas terhadap isu ini. Hamas membuat tuntutan iaitu menawarkan genjatan senjata jangka panjang serta perbincangan semula terhadap isu:

1) Kedudukan Baitul-Maqdis (Resolusi PBB 252),

2) Nasib 5 juta pelarian Palestin (Resolusi PBB 194),

3) Penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin (resolusi PBB 446),

4) Pengunduran Israel kepada kedudukan sebelum Perang 1967 (Resolusi PBB 242).

Demikianlah tuntutan yang dikemukakan Hamas kepada PBB terhadap Israel. Namun, isu ini semacam menemui jalan buntu. Amerika, Israel serta sekutunya menekan Kerajaan Palestin baru yang dibentuk oleh HAMAS. Bukan itu sahaja, mereka merampas wang cukai hak rakyat Palestin, menghalang bantuan makanan, ubatan dan wang ringgit dari masuk ke kawasan Palestin. Sekutu Amerika juga melancarkan kempen pulauan atas alasan HAMAS pertubuhan pangganas dan mengalakkan pertentangan antara HAMAS dan FATAH.

Namun propaganda yang ingin diwujudkan oleh Amerika dan sekutunya semacam tidak berjaya. HAMAS mengambil inisiatif untuk mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua fahaman tersebut. Antara inisiatif HAMAS ialah:

1) Mempelawa Fatah membentuk kerajaan campuran sebaik sahaja menang pilihan raya.

2) Mendekati masyarakat antarabangsa menjelaskan pendiriannya tentang program
     keamanan.

3) Menawarkan genjatan senjata jangka panjang dengan Israel.

4) Malah mengistihar genjatan senjata sehala (unilateral cease fire) selama 18 bulan
     – tiada lagi kejadian serangan berani mati.

Perkara yang amat menyentap perasaan adalah kesemua inisiatif yang di utarakan Hamas semacam langsung tidak dihargai atau disentuh oleh media antarabangsa dalam mengupas isu Gaza. Media hanya memprovokasi hak asasi manusia yang berlaku dan banyak memutar belitkan fakta sebenar. Pencapaian yang boleh dikirakan baik terhadap inisiatif Hamas adalah telah berjaya membentuk kerajaan Perpaduan melalui Arab Saudi dan menyerahkan pentadbiran utama kepada Fatah. Kerajaan Campuran atau Perpaduan yang diusahakan Hamas tidak mampu bertahan lama apabila Mahmud Abbas keluar dari kerajaan pakatan ini pada bulan Jun 2007. Natijah dari kejadian ini, Hamas pula dituduh “merampas kuasa” tetapi sebenarnya tiada rampasan kuasa kerana Hamas memang pemerintah yang sah dan berkuasa.

Amerika dan Israel terus menekan Palestin (Hamas), kali ini mereka meneruskan pembekalan senjata dan kewangan kepada kelompok bersenjata Fatah. Mahmoud Abbas pula tetap mengekalkan pasukan keselamatan ‘Preventive Security Force’ di Gaza. Kali ini situasi lebih teruk apabila Palestin (Hamas) mendapat ancaman dari Amerika, Israel dan Fatah. Situasi ini berlaku di Gaza. Ancaman kelompok bersenjata Fatah di Gaza telah menggugat keselamatan negara. Mereka mengadakan sekatan-sekatan jalanraya dan mengganggu ketenteraman awam, menyerang pejabat-pejabat kerajaan dan melakukan penculikan dan pembunuhan ke atas musuh-musuh politiknya. Akibat dari propaganda ini, kerajaan Hamas mengambil keputusan untuk menangani masalah ini dengan membersihkan Gaza dari kelompok-kelompol bersenjata termasuk dari kumpulan Fatah. Kesannya, Gaza kembali aman. Masyarakat dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. Tindakan pembersihan ini mendapat sokongan ramai termasuk penyokong Fatah. Hamas juga menyeru Mahmoud Abbas untuk terus berunding kearah perpaduan. Sebanyak 85% rakyat Palestin minta rundingan antara Hamas dan Fatah dilaksanakan. Kerajaan Hamas telah berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang rumit seperti penculikan ke atas wartawan BBC Alan Johnston. Muhammad Dahlan, antara dalang utama kekacauan, meletakkan jawatannya sebagai penasihat keselamatan. Seterusnya, Kerajaan menyusun semula sistem kehakiman di Gaza.

Sekutu Amerika dan Israel terus menekan Hamas dengan mengatakan Hamas melakukan rampasan kuasa di Gaza. Persoalan yang timbul dalam situasi ini adalah bagaimana sebuah kerajaan yang sedang memerintah secara sah dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat merampas kuasa. Sedangkan usaha Maomoud Abbas menggantikan kerajaan Hamas yang menang dengan Fatah itulah ‘rampasan kuasa’ yang sebenar. Tetapi sekutu Israel menyokong tindakan Mahmoud Abbas. Antara tidakan Mahmoud Abbas yang mendapat sokongan kuat Israel dan sekutunya walaupun secara realitinya beliaulah dalang rampasan kuasa ialah:

1) Memecat PM Ismail Haniyeh.

2) Membubarkan kerajaan Perpaduan.

3) Melantik ‘kebinet darurat’ walaupun menyalahi [erlembagaan.

4) Melantik Salam Fayyas yang hanya memperolehi 2.4% undi dalam PR 2006 sebagai
     PM.

5) Apabila tempoh tamat ‘kabinet darurat’ belalu 30 hati, menubuhkan pula kerajaan
    sementara (caretaker goverment)

Secara umumnya, Mahmoud Abbas lah merupakan perampas kuasa. Namun hakikatnya yang berlaku beliau telah mendapat sambutan baik dari sekutu Israel. Israel dan sekutunya mengucapkan tahniah dan merestui Abbas. Bukan itu sahaja Israel telah menawarkan persahabatan kepada Fatah untuk melawan Hamas. EU menamatkan sekatan ekonomi dan menyambung semula bantuan ke Tebing Barat. Israel menyalurkan hampir AS$200 juta (dari lebih AS$700 juta cukai Palestin yang dirampas) kepada kerajaan Palestin baru lantikan Mahmud Abbas. Israel juga berhenti daripada memburu semua pejuang Fatah yang bersetuju menamatkan penentangan terhadap Israel.

Berbalik semula kemenangan Hamas dalam pilihan raya yang lalu. Sebenarnya, kemenangan hamas yang telah mendapat undian majoriti rakyat Palestin telah mengecewakan israel. Kekalahan Fatah (Mahmood Abbas dalam pilihan raya pertama di Palestin pada Januari 2006 sebenarnya memberi tamparan hebat kepada rejim Zionis As. Dengan segala bantuan yang diberi termasuklah sumber kewangan, ketenteraan dan kebendaan, mereka mengharapkan Mahmood abbas dan Fatah boleh memenangi pilihanraya dengan undian mejoriti rakyat tetapi sangkaan Israel ditidakkan oleh seluruh rakyat Palestin. Amerika dan Israel amat mengharapkan Mahmood abbas dapat mendirikan sebuah negara sekular Palestin, bukan sekadar berjiran dengan Israel malah sanggup menurut segala kemahuan rejim Zionis dan Amerika. Namun kemenangan Haman merupakan kemenangan perjuangan Islam di bumi Palestin. Sebenarnya, apa yang berlaku sepanjang tiga tahun ini (2006-2008) dibumu Palestin khususnya di Jalur Gaza adalah usaha untuk melumpuhkan kerajaan pimpinan Hamas dan seterusnya cuba memadamkan api perjuangan umat Islam dibumi Palestin.

Dalam konteks keadilan dunia, jalur Gaza adalah wilayah yang terjajah menurut undang-undang antarabangsa. Iaitu konvensyen Geneva ke-4 yang berkaitan dengan perlindungan orang awam yang terjajah oleh kuasa asing telah menegaskan bahawa:

“Tidak sesiapapun boleh menghukum ke atas satu kesalahan yang dia secara peribadi tidak melakukannya. Hukuman secara borong dan semua tindakan yang berbentuk menindas dan keganassan dilarang. Tindakan balas dendam terhadap orang awam yang dilindungi dan harta mereka adalah ditegah”

Berikut adalah rentetan propaganda yang berlaku di bumi Gaza. sebelum tahun 1967, bumi Gaza telah dikuasai oleh Mesir. Namun pada Jun 1967, bumi Gaza bergolak dan Israel talah berjaya menklui bumi Gaza. Pada Disember 1987, lahirnya Intifadah pertama dan kemunculan HAMAS. Pada September 2005, Israel menarik keluar pasukan tenteranya bersama 85000 pendatang haram Yahudi dari Gaza. Pada tahun 2007, Hamas telah menguasai sepenuhnya bumi Gaza, namun penguasaan Hamas di Gaza di huru harakan oleh Israel sehinggan menyebabkan bumi Gaza menderita semenjak Jun 2007 dari sekatan ketat Israel dab hukuman secara borong, yang telah mengakibatkan tragedi kemanusiaan yang parah di bumi tersebut sehingga kini. Antara tragedi kemanusiaan yang berlaku di Gazaadalah seperti berikut:

1) Sekatan makanan yang menyebabkan ramai masyarakat Palestin kebuluran.

2) Penduduk Palestin mengalami masalah bekalan air bersih.

3) Kemudaratan dan kakurangan khidmat Kesihatan dan kekurangan kemudahan
     Perubatan mengakibatkan masyarakat Pelestin mengalami maslah bekalan
     perubatan yang mencukupi.

4) Sekatan perdagangan telah mengakibatkan sektor-sektor perkilangan di Palestin
     lumpuh.

Kedudukan geografi bumi palestin adalah seperti berikut, wilayah Palestin uyang terjajah, berdasarkan undang-undang antarabangsa. Luas kawasan Palestin ialah 363km2. Wilayah Palestin mempunyai penduduk seramai 1.5 juta termasuk 1 juta pelarian (menurut perangkaan July 2007). Palestin bersempadan dengan Mesir iaitu sejauh 11 km daratan, 51 km daratan dengan negara Israel dan 40 km dari pinggir pantai. Israel menduduki Gaza dengan cara mengawal pergerakan darat, laut dan udara.

Penderitaan yang amat perit ditanggung oleh Palestin penutupan sempadan. Penutupan sempadan ini dilakukan secara borong oleh Israel dengan alasan mahu mengekang keganasan dan menjaga negaranya (Israel) tetapi itu hanya omong-omong suara kosong sahaja yang diwar-warkan oleh Israel dan sekutunya. Israel melakukan sekatan jalan, kawalan sempadan, laut, bekalan air, mengebom lapangan terbang, membedil loji bekalan air, stesen janakuasa, pasar dan kilang sentiasa menjadi modus operandi regim Zionis. Sekatan terhadap Palestin semakin teruk apabila Hamas memenangi pilihan raya pada tahun 2006. Natijah dari kemenangan itu, Israel telah melaksanakan penutupan sempadan begitu ketat dan kepungan begitu dahsyat sehingga barang-barang keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan air bersih sangat berkurangan. Hal ini disuarakan oleh BBC’s Matthew Price, menurut beliau:

“Gaza pada hari ini tidak pernah mengalami kepungan sebegini dahsyat. Penderitaan dan ketakutan jelas tergambar pada setiap wajah rakyat Paestin yang anda lihat di sini”

 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berlaku pada tahun 2008 di bumi berdarah Palestin:

1) Januari – Gaza terus dikepung Israel.

2) Februari hingga Mac – Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 120 orang.

3) Jun – Genjatan Senjata 6 bulan bermula.

4) Nov – Serangan Israel memaksa HAMAS melancarkan semula serangan roket dari
    Gaza.

5) 19 Disember 2008 – HAMAS menamatkan genjatan senjata.

6) 27 Disember 2008 – Serangan udara Israel terhadap Gaza.

7) 29 Disember 2008 – Israel mengumpulkan kereta kebal disempadan Gaza dan
    mengerahkan 6500 askar simpanan.

Pada 27 Disember 2008 lepas, Israel telah melancarkan “Operation Cast Lead”. Dalam operasi ini, serangan udara yang dilancarkan oleh Israel telah membunuh hampir 400 dan mencederakan lebih dari 1300 orang. Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Israel mendakwa bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri merupakan suatu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh genjatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan untuk mewajarkan tindakan Israel. Sebenarnya, apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh genjatan senjata sedang berkuat kuasa. Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolah menunjukkan bahawa regim Zionis mempunyai niat jahat untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam. 

Pendirian Umat Islam terhadap peperangan yang dilancarkan Israel dan sekutunya.

Umat Islam mempersoalkan kenyataan Mahmud Abbas yang masih menyalahkan Hamas ke atas serangan di Gaza. Abbas merupakan sekongkol kuat Israel menyalahkan Hamas disebabkan perbuatan melancar serangan roket dari Gaza. Sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, kita perlu memahami situasi sebana dan tidak mudah terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin Amerika, Israel, Mesir dan pihak berkuasa berkuasa palestin yang turut mengelak dari membicarakan isu sebenar disebalik penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Kita juga perlu berfikiran terbuka dan membidas sikap kepura-puraan negara Islam atau arab termasuk kejujuran kerajaan Mesir yang terus tidak membenarkan penduduk Gaza untuk memasuki Mesir. Rakyat Palestin merupakan rakyat yang paling malang didunia kerana dilupakan oleh PBB, masyarakat antarabangsa, nagara-negara Arab dan umat Islam sendiri. Menurut Riwayat Bukhari:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. musuh-musuh mereka tidak dapat memberi kudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya.”Dimanakah mereka?” jawab rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”(Riwayat Bukhari)

Anwar menyokong usaha keselamatan negara Israel???apakah PAS MASIH mahu membisu???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...