PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Saturday 4 February 2012

Perutusan # DS Najib Sempena Maludir Rasul 1433H


1. Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.Sesungguhnya,baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:

2. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

3. Menjejaki sirah gemilang ini,kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.

4. Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

5. Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.

6. Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.


Sekian.Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Sumber 1Malaysia.com.my

KERAJAAN PAS KELANTAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB !!!


Negeri serambi mekah..ditadbir oleh puak PAS selama 20 tahun lebih...keputusan mahkamah menyuruh budak ni keluar negeri..tapi wak rasa budak ni boleh kerja..jadi UNIT AMAL PAS..sambil bekerja sambil ditarbiah!!!amacam NIK AZIZ???takkan tak boleh kot!!!puak PAS takkan buat punya sebab budak ini tak dapat menjanjikan publisiti dan promosi PAS...

ini budak kalau keluar negeri Kelantan maka dia juga akan melakukan perkara yang sama kalau dah habit suka menyamun dan kunyah dadah dicampakkan ke negara mana sekali pun akan menyamun juga...

wak tak setuju kalau kerajaan PAS KELANTAN berdiam diri...jawatan yang sesuai untuk dia ialah kerja sebagai UNIT AMAL PAS...tak pun kerja KUTIP DUIT CERAMAH bagi pihak PAS!!!kalau budak ini pandai berpidato comfem akan ada jawatan utk kau dik..dapat rounder 1 Malaysia...kerja mudah..kutuk UMNO...kutuk BN....FITNAH pn tak apa..asalkan dapat KUTUK dan HINA...kau akan dijulang macam BOB LOKMAN...

kalau budak ni ada bakat main gitar boleh ikut ostad2 pas  jelajah juga...bagi tazkirah sambil didendangkan oleh bunyian GITAR KARAN yang TAK MELALAIkan..

PAS KELANTAN ZALIM KALAU TAK AMBIL BUDAK NI KERJA!!!!

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL KELANTAN TAK RAMAI ?!!!


Tukar Kerajaan PAS Kelantan demi Rakyat !!!

Acu Test Sepenggal !!!



Konvensyen Media Sosial
Peringkat Negeri Kelantan


ACU TEST SEPENGGAL !!!



Pagi tadi telah berlangsungnya Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Kelantan 2012 bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Bharu, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kelantan.

Konvensyen ini telah berlangsung dengan penuh jaya dengan kerjasama beberapa kumpulan Cyberthrooper Major yang aktif seperti Nadi Rakyat, Kelab Chedet, MyKMU, dan beberapa lagi telah bersama-sama dengan Team Nadi Rakyat Kelantan dan Anak Negeri Kelantan.

Konvensyen Media Sosial anak negeri Kelantan ini pada pandangan I4TT telah berjaya memberi impak yang sangat tinggi.






















I4TT sebagai anak negeri Perak dan pengasas Nadi Rakyat Perak rasa amat berbangga kerana mendapat penghargaan dari Ahli Jawatankuasa Program Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Kelantan yang telah menjemput I4TT bagi bersama-sama membantu menjayakan program ini.

Majlis itu berjalan dengan sangat berjaya !!! Tahniah pengurusan dan pengarah program dan tahniah juga kepada seluruh anak negeri Kelantan yang telah menjayakan dan memeriahkan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Kelantan.

Dalam pada itu.......

Terdapat beberapa kontroversi yang melanda. Kontroversi dari sikap PHD dan juga dari pencacai haram jadah PASpispus. Jangan sangka air tenang tiada buaya. Jangan sangka majlis yang lancar tiada yang DENGKI !!!

Masa amat mencemburui I4TT. Kontroversi akan bersambung esok.....

Terima kasih yang menjemput I4TT... I4TT telah all the way dari Perak bersama blogger RMF7 dari MyKMU....




GELOMBANG MERAH !!!!


TUKAR !!!!!


ACU TEST SEPENGGAL !!!!

sumber: I4TT
______________________________________________________________________________

WAK: marilah kita sama-sama mendoakan bahawa UMNO akan berkuasa semula di KELANTAN...

Wednesday 1 February 2012

HASAN ALI DATANG JALAN KEBUN DAPAT SAMBUTAN !! HINDRAF DAN A.B.U KENA HALAU !!! PADAN MUKA !!!

Pastinya road show begini dengan sambutan hebat dari rakyat pastinya mengusarkan Pakatan Haram.

Dalam serangan yang bakal mewarnai "perang" beliau dengan Pas, Datuk Dr Hasan Ali menuduh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai parasit yang menghalang beliau mengekang kegiatan maksiat di semasa beliau menjadi ahli Exco Kerajaan Selangor.

Hasan berkata beliau terkilan dengan penentangan sedemikian daripada kalangan pemimpin Pas sendiri, termasuk daripada Khalid yang pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Khalid adalan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. 


“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.

Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.

Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak Khalid kerana didakwa mengkhianati perjuangan agama Islam dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya.




Hasan juga mendakwa Khalid mengkiritk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memeriksa premis milik Gereja Methodist Damansara Utama Ogos lalu kerana sebuah majlis digunakan untuk memesong akidah hadirin Islam.

Hasan berkata, beliau akur dengan pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.

“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.


“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.

Sumber : MatKilau Penang

JOM KITA LIHAT SAMA-SAMA KEDATANGAN HIDRAF DAN KEMPEN ASALKAN BUKAN UMNO TELAH DIHALAU OLEH PENDUDUK SETEMPAT



HAIRAN BUKAN!! HIDRAF, ABU DAN CHEGUBARD KENA HALAU TETAPI HASAN ALI DISAMBUT BAIK OLEH RAKYAT JELATA JALAN KEBUN...SEMEMANGNYA WAK SOKONG 100% TINDAKAN PEMUDA MALAM ITU YANG MENGHALAU..WAK TABIK SPRING SAMA HERO JALAN KEBUN SORANG NI DAN RAKAN-RAKAN !!!


Tuesday 31 January 2012

Rakyat Malaysia Masih Ramai yang Bodoh Rupanya


Sebelum ini Wak perasan ada pihak di media sosial memainkan gambar yang di sebelah Kanan kononnya kejadian ini dapat memaparkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia. Namun gambar tersebut telah dijelaskan bahawa ianya bukan berlaku di Malaysia tetapi di Indonesia. 

Timbul pula pula gambar yang menunjukkan keperitan sekumpulan anak-anak kecil yang terpaksa menyabung nyawa untuk kesekolah dengan hanya memaut tali yang mana jambatan asal telah musnah. Ini perkara yang sangat menyedihkan kerana negara kita punyai waktu 8 tahun sahaja lagi untuk menuju negara maju iaitu Wawasan 2020.

Wak agak hairan apabila wak baca komen2 daripada pengunjung asal gambar ini, hampir kesemuanya menyalahkan kerajaan secara total. Hampir kesemua komentar mengkritik membabi buta tanpa bertanya dimanakah lokasi jambatan ini. Wak juga hairan, mereka hanya nampak SABAH terus menyalahkan Barisan Nasional. Bayangkan negara kita hendak mencapai status negara maju tetapi minda rakyat baru kelas ke-3. Sebagai rakyat yang prihatin, mereka akan cuba bertanya kepada orang yang bertanggungjawab memuatnaik gambar ini dimana lokasi yang setepatnya. Ini penting supaya bantuan dapat diberikan secepat mungkin.

Ada juga pengunjung yang memberi maklumbalas bahawa bila sudah ada kematian baru kerajaan hendak bertindak. Jawapan wak mudah sahaja, kerajaan bertindak sebab sudah dimaklumkan ada kematian bermakna kalau perkara ini diadukan kepada pusat-pusat khidmat masyarakat yang berhampiran insya'allah wak rasa wakil rakyat akan membantu. Masalah pokoknya sekarang lokasi pun tidak tahu macam mana wakil rakyat hendak membantu. Kalau ditanya kepada pengunjung yang memaki hamun dimana lokasi, rata-rata hanya akan jawab Sabah tapi tak tahu lokasi khusus. Bodohkan...

Di sini wak paparkan beberapa komen pengunjung yang mana hanya mempunyai tanggapan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Sabah.



antara komen yang positif:



SESIAPA YG MENGETAHUI DIMANA LOKASI INI, SILA TINGGALKAN PESANAN DI RUANGAN KOMEN!!!SAMA-SAMA KITA BANTU ADIK-ADIK INI UNTUK KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...