PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Saturday 4 February 2012

Perutusan # DS Najib Sempena Maludir Rasul 1433H


1. Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izin-Nya jua, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.Sesungguhnya,baginda Rasulullah SAW telah berjaya membawa transformasi murni kepada umat sejagat. Terbukti apabila kegelapan jahiliah telah sirna bila berhadapan dengan sinar risalah nubuwah. Transformasi insani ini lahir daripada kasih sayang dan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan umat sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quran, surah at-Taubah ayat ke-128 yang bermaksud:

2. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

3. Menjejaki sirah gemilang ini,kita dapat menyaksikan bagaimana melalui dakwah imaniah yang dibawa, akhirnya memunculkan satu tamadun yang sangat hebat kepada ummah. Maka bertepatan sekali dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” yang dipilih untuk tahun ini dalam usaha kita menjayakan agenda transformasi negara.

4. Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi. Sememangnya, keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi pada hari ini, menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

5. Justeru, di dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat. Melalui program Inisiatif Kerajaan, kita telah mewujudkan beberapa produk di bawah jenama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia). Semua inisiatif ini jelas bertepatan dengan konsep negara Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.

6. Sempena Maulidur Rasul kali ini, saya dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayah-Nya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara. Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini; serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah. Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah. Amin.


Sekian.Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.

Sumber 1Malaysia.com.my

KERAJAAN PAS KELANTAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB !!!


Negeri serambi mekah..ditadbir oleh puak PAS selama 20 tahun lebih...keputusan mahkamah menyuruh budak ni keluar negeri..tapi wak rasa budak ni boleh kerja..jadi UNIT AMAL PAS..sambil bekerja sambil ditarbiah!!!amacam NIK AZIZ???takkan tak boleh kot!!!puak PAS takkan buat punya sebab budak ini tak dapat menjanjikan publisiti dan promosi PAS...

ini budak kalau keluar negeri Kelantan maka dia juga akan melakukan perkara yang sama kalau dah habit suka menyamun dan kunyah dadah dicampakkan ke negara mana sekali pun akan menyamun juga...

wak tak setuju kalau kerajaan PAS KELANTAN berdiam diri...jawatan yang sesuai untuk dia ialah kerja sebagai UNIT AMAL PAS...tak pun kerja KUTIP DUIT CERAMAH bagi pihak PAS!!!kalau budak ini pandai berpidato comfem akan ada jawatan utk kau dik..dapat rounder 1 Malaysia...kerja mudah..kutuk UMNO...kutuk BN....FITNAH pn tak apa..asalkan dapat KUTUK dan HINA...kau akan dijulang macam BOB LOKMAN...

kalau budak ni ada bakat main gitar boleh ikut ostad2 pas  jelajah juga...bagi tazkirah sambil didendangkan oleh bunyian GITAR KARAN yang TAK MELALAIkan..

PAS KELANTAN ZALIM KALAU TAK AMBIL BUDAK NI KERJA!!!!

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL KELANTAN TAK RAMAI ?!!!


Tukar Kerajaan PAS Kelantan demi Rakyat !!!

Acu Test Sepenggal !!!



Konvensyen Media Sosial
Peringkat Negeri Kelantan


ACU TEST SEPENGGAL !!!



Pagi tadi telah berlangsungnya Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Kelantan 2012 bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Bharu, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kelantan.

Konvensyen ini telah berlangsung dengan penuh jaya dengan kerjasama beberapa kumpulan Cyberthrooper Major yang aktif seperti Nadi Rakyat, Kelab Chedet, MyKMU, dan beberapa lagi telah bersama-sama dengan Team Nadi Rakyat Kelantan dan Anak Negeri Kelantan.

Konvensyen Media Sosial anak negeri Kelantan ini pada pandangan I4TT telah berjaya memberi impak yang sangat tinggi.






















I4TT sebagai anak negeri Perak dan pengasas Nadi Rakyat Perak rasa amat berbangga kerana mendapat penghargaan dari Ahli Jawatankuasa Program Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Kelantan yang telah menjemput I4TT bagi bersama-sama membantu menjayakan program ini.

Majlis itu berjalan dengan sangat berjaya !!! Tahniah pengurusan dan pengarah program dan tahniah juga kepada seluruh anak negeri Kelantan yang telah menjayakan dan memeriahkan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Kelantan.

Dalam pada itu.......

Terdapat beberapa kontroversi yang melanda. Kontroversi dari sikap PHD dan juga dari pencacai haram jadah PASpispus. Jangan sangka air tenang tiada buaya. Jangan sangka majlis yang lancar tiada yang DENGKI !!!

Masa amat mencemburui I4TT. Kontroversi akan bersambung esok.....

Terima kasih yang menjemput I4TT... I4TT telah all the way dari Perak bersama blogger RMF7 dari MyKMU....




GELOMBANG MERAH !!!!


TUKAR !!!!!


ACU TEST SEPENGGAL !!!!

sumber: I4TT
______________________________________________________________________________

WAK: marilah kita sama-sama mendoakan bahawa UMNO akan berkuasa semula di KELANTAN...

Wednesday 1 February 2012

HASAN ALI DATANG JALAN KEBUN DAPAT SAMBUTAN !! HINDRAF DAN A.B.U KENA HALAU !!! PADAN MUKA !!!

Pastinya road show begini dengan sambutan hebat dari rakyat pastinya mengusarkan Pakatan Haram.

Dalam serangan yang bakal mewarnai "perang" beliau dengan Pas, Datuk Dr Hasan Ali menuduh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai parasit yang menghalang beliau mengekang kegiatan maksiat di semasa beliau menjadi ahli Exco Kerajaan Selangor.

Hasan berkata beliau terkilan dengan penentangan sedemikian daripada kalangan pemimpin Pas sendiri, termasuk daripada Khalid yang pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Khalid adalan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor. 


“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.

Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.

Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak Khalid kerana didakwa mengkhianati perjuangan agama Islam dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya.




Hasan juga mendakwa Khalid mengkiritk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memeriksa premis milik Gereja Methodist Damansara Utama Ogos lalu kerana sebuah majlis digunakan untuk memesong akidah hadirin Islam.

Hasan berkata, beliau akur dengan pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.

“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.


“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.

Sumber : MatKilau Penang

JOM KITA LIHAT SAMA-SAMA KEDATANGAN HIDRAF DAN KEMPEN ASALKAN BUKAN UMNO TELAH DIHALAU OLEH PENDUDUK SETEMPAT



HAIRAN BUKAN!! HIDRAF, ABU DAN CHEGUBARD KENA HALAU TETAPI HASAN ALI DISAMBUT BAIK OLEH RAKYAT JELATA JALAN KEBUN...SEMEMANGNYA WAK SOKONG 100% TINDAKAN PEMUDA MALAM ITU YANG MENGHALAU..WAK TABIK SPRING SAMA HERO JALAN KEBUN SORANG NI DAN RAKAN-RAKAN !!!


Tuesday 31 January 2012

Rakyat Malaysia Masih Ramai yang Bodoh Rupanya


Sebelum ini Wak perasan ada pihak di media sosial memainkan gambar yang di sebelah Kanan kononnya kejadian ini dapat memaparkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia. Namun gambar tersebut telah dijelaskan bahawa ianya bukan berlaku di Malaysia tetapi di Indonesia. 

Timbul pula pula gambar yang menunjukkan keperitan sekumpulan anak-anak kecil yang terpaksa menyabung nyawa untuk kesekolah dengan hanya memaut tali yang mana jambatan asal telah musnah. Ini perkara yang sangat menyedihkan kerana negara kita punyai waktu 8 tahun sahaja lagi untuk menuju negara maju iaitu Wawasan 2020.

Wak agak hairan apabila wak baca komen2 daripada pengunjung asal gambar ini, hampir kesemuanya menyalahkan kerajaan secara total. Hampir kesemua komentar mengkritik membabi buta tanpa bertanya dimanakah lokasi jambatan ini. Wak juga hairan, mereka hanya nampak SABAH terus menyalahkan Barisan Nasional. Bayangkan negara kita hendak mencapai status negara maju tetapi minda rakyat baru kelas ke-3. Sebagai rakyat yang prihatin, mereka akan cuba bertanya kepada orang yang bertanggungjawab memuatnaik gambar ini dimana lokasi yang setepatnya. Ini penting supaya bantuan dapat diberikan secepat mungkin.

Ada juga pengunjung yang memberi maklumbalas bahawa bila sudah ada kematian baru kerajaan hendak bertindak. Jawapan wak mudah sahaja, kerajaan bertindak sebab sudah dimaklumkan ada kematian bermakna kalau perkara ini diadukan kepada pusat-pusat khidmat masyarakat yang berhampiran insya'allah wak rasa wakil rakyat akan membantu. Masalah pokoknya sekarang lokasi pun tidak tahu macam mana wakil rakyat hendak membantu. Kalau ditanya kepada pengunjung yang memaki hamun dimana lokasi, rata-rata hanya akan jawab Sabah tapi tak tahu lokasi khusus. Bodohkan...

Di sini wak paparkan beberapa komen pengunjung yang mana hanya mempunyai tanggapan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Sabah.



antara komen yang positif:



SESIAPA YG MENGETAHUI DIMANA LOKASI INI, SILA TINGGALKAN PESANAN DI RUANGAN KOMEN!!!SAMA-SAMA KITA BANTU ADIK-ADIK INI UNTUK KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT...


Waheeda Kembali ke Pentas !!!




Wow...berpurda??siapa tu??hehe....pegang microfon...bagi tazkirah ke???dihadapan ostad pas!!!sambil tersenyum....paku tak nak komen panjang..cuma nak kongsi tazkirah sikit....tak perlu gitar karan pn tak apa...kehkehkeh

Auratnya suara wanita bergantung kepada kelembutan dan kemerduan suara wanita itu.

Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Hujjatul Islam alGhazali (Ihya', Jld 2, ms 248) berpendapat:
'suara wanita bukanlah aurat kecuali bila ia menyanyi.' alQurthubi (tafsir al_Qurthubi dalam ayat di atas menafsirkan bahawa suara wanita bukan aurat kecuali bila ia memerdukan, melunakkan, melembutkan suaranya semasa berhubung dengan lelaki ajnabi." Syaikh Atiyah Saqr, pengerusi J/kuasa fatwa al_Azhar university juga bersependapat dengan ulama' silam tersebut (Seem wal jeem lil Mar'atil muslimah); inilah juga pendapat Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat)

belakang tu ada sorang OSTAD PAS!!!kehkehkeh...

Akhil Hayy pernah kata  "Hiburan Anjuran UMNO-BN Budaya Kuning…."


yang hok ini budaya gapo akhil wei???

Gelaran Profesor Aziz Bari Digugurkan !! Datuk Sonny Ho tak campur !! Wak Zizan jangan riak !!



Umum telah mengetahui bahawa Encik Aziz Bari telah menamatkan perkhidmatannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mana-mana gelaran Profesor yang diberikan oleh Universiti akan dilucutkan secara automatik sabaik sahaja seseoarang tenaga pengajar menamatkan perkhidmatannya di sesebuah Universiti. Namun, Encik Aziz Bari boleh menggunakan gelaran Profesor sekiranya ada mana-mana Universiti memerlukan Khidmatnya selepas ini. 

Sebelum ini, Encik Aziz Bari telah menyindir Wak Zizan supaya masuk BN apabila Wak Zizan dengan tegasnya mempertahankan AUKU yang dikenakan terhadap penuntut KUIN. Wak Zizan juga mengakui bahawa Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat adalah ciptaan manusia dan standard yang ada pada buku tersebut tidak layak untuk di samakan dengan Kitab Suci Al-Quran.

Paku merasakan sindiran Encik Aziz Bari sebelum ini telah mengguris hati Menteri Besar Kedah. Apa tidaknya, Zizan merupakan ketua pentadbiran negeri Kedah dengan senang disuruh masuk BN oleh Encik Aziz Bari. Paku merasakan, walaupun Wak Zizan tidak setuju dengan dengan prinsip Buku Jingga yang mana mahu menghapuskan AUKU namun dia juga tidak layak menyertai Barisan Nasional. 



Paku mengharapkan agar Wak Zizan jangan cepat berpuas hati apabila gelaran Profesor yang membuatkan Encik Aziz Bari Tersohor sebelum ini telah ditarik balik. Ini kerana, pada 6 Februari 2012, Mahkamah Tinggi Alor Setar akan mendengar sebutan writ saman injuksi Jawatankuasa Madrasah Salihiah ke atas kerajaan negeri Kedah. Sebelum ini, Wak Zizan dengan megahnya mengumumkan bahawa akan merobohkan Madrasah yang mana merupakan tanah wakaf demi projek ratusan juta untuk pembangunan sebuah Komplek Beli Belah, Aman Central.



Paku amat hairan bahawa Wak Azizan masih tetap dengan keputusannya tatkala Pengarah Urusan Kump Bellevien Datuk Sonny Ho yang berbangsa Cina tidak mahu mengulas berkaitan isu merobohkan Madrasah dan menyerahgkan bulat-bulat kepada Wak Azizan. Ini bermakna, sama ada Madrasah Salihiah akan dirobohkan atau tidak itu terletak ditangan orang yang BERKUASA MB KEDAH..

Sebelum ini, Wak Zizan dengan lantang mengatakan bahawa "sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan negeri dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek pembangunan Aman Central akan dilaksanakan mengikut jadual."

Tunggu 6 Februari ini keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang mana akan mendengar sebutan writ saman injuksi Jawatankuasa Madrasah Salihiah ke atas kerajaan negeri Kedah. Kalau diikutkan kata-kata Wak Zizan ini, dia tetap akan merobohkan madrasah itu demi projek RM 500 juta tersebut. Umat Islam terpaksa melopong kalau benar apa yang dikatakan Wak Zizan ini akan dilakukan.

Psst: Adat Orang Berkuasa mampu melakukan apa sahaja !! jangan nanti dah hilang segala-galanya baru nak menyesal!!!

Monday 30 January 2012

DAP PARTI BERBILANG KAUM??? PENIPU !!!


Pemuda BN cabar DAP buktikan ramai ahli Melayu


IPOH 23 Jan. - Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai ahli daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang ahli Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'.

"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai ahlinya yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini hari ini.

Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keahliannya daripada orang Melayu.

"...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya. - BERNAMA

______________________________________________________________________________




sumber: SINI


Apa yang kita dapat lihat Pucuk Kepimpinan DAP peringkat kebangsaan mempunyai sebanyak 31 kerusi jawatan. Seperti yang kita sedia maklum DAP sebuah parti cauvanis dan rasis. Paku amat hairan apakah maksud DAP yang mereka katakan bahawa DAP sebuah parti berbilang kaum??kalau kita lihat struktur jawatankuasa pucuk kepimpinan DAP kebangsaan ini seramai 24 orang daripada kaum CINA, 5 orang INDIA dan hanya 2 orang MELAYU. Apakah ini dinamakan sebuah PARTI berbilang kaum. Sedangkan majoriti besar terdiri daripada KAUM CINA iaitu 24 orang daripada 31 kerusi jawatankuasa pucuk pimpinan DAP KEBANGSAAN. Bermakna bilangan CINA dalam pucuk kepimpinan ialah 77.42%


jawatan yang diberikan kepada orang MALAYU yang kita ketahui adalah pengangkat bendera tetapi jawatankuasa induk dimonopoli oleh masyarakat CINA.





adakah dengan jawatan pengangkat bendera sudah cukup menunjukkan DAP sebagai sebuah PARTI BERBILANG KAUM??sekadar jawatan pengangkat bendera paku ibaratkan jawatan ini sebagai pekerja bawahan tetapi jawatan penting dimonopoli oleh bangsa mereka. Namun apabila ditanya mereka tetap akan menjawab berbilang kaum. Ini pun masih ramai masyarakat Melayu yang rela dibodohkan.

Pakatan Rakyat pada waktu ini semakin tertekan apabila krisis dalam parti PAS yang mana pelucutan Hasan Ali daripada PAS. Krisis Azizan dengan AUKU dan buku Jingga membuatkan DAP dan PKR menghentam PAS selumat-lumatnya. Hadi Awang dijangkakan tidak akan bertanding PRU 13. Bayangkan, kalau jawatan NO 1 dalam Parti tak mahu Bertanding sudah tentu ada APA-APA yang berlakukan...Nik Aziz pula bila nak letak jawatan??paku nasihatkan pegang lah jawatan sampai MATI...


"demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam." doa Hasan Ali

AMIN......

MB TERENGGANU WARNING BLOGGER!!! JANGAN FITNAH & SEDIA BAGI MAKLUMAT!!!MEMANG STEADY!!!




KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Para penulis blog dinasihati agar menghindari budaya fitnah kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah merugikan bangsa dan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, paling teruk apabila penduduk tempatan terpengaruh dengan berita-berita berunsur fitnah melibatkan pemimpin di negeri mereka yang dimuatkan dalam pelbagai blog.

Katanya, fitnah dan pembohongan dalam penulisan terutama berkaitan isu sosial dan politik mampu mencetuskan kontroversi dan reputasi buruk terhadap sesebuah kerajaan.

"Saya mahu penulis blog lebih bertanggungjawab dengan apa yang dipaparkan iaitu melalui penyiasatan yang dibuat terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Justeru itu, bagi pihak kerajaan, saya sedia bekerjasama dengan penulis blog dalam memberi sumber-sumber dan maklumat yang tepat mengenai pembangunan negeri Terengganu untuk bahan blog anda," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Bersama Blogger di Kediaman Seri Iman dekat sini, semalam.

Pada majlis tersebut kira-kira 80 penulis blog dari seluruh negara berkumpul atas jemputan khas Menteri Besar itu bagi bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin kerajaan negeri ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pengarah Unit Komunikasi negeri, Shamsuddin Sulong.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin politik sering menjadi mangsa fitnah dalam sesebuah kerajaan negeri, selain dipertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai mereka.

Jelasnya, akibat daripada penyebaran fitnah itu, sesebuah kerajaan boleh jatuh dan menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

"Apabila pemimpin politik dijatuhkan akibat fitnah, rakyat yang rugi kerana apa yang dirancangkan tidak dapat diteruskan di masa depan kerana mereka tidak lagi menjadi pemimpin," ujarnya.

Sementara itu, dalam sesi dialog bersama penulis blog berkenaan, Ahmad turut menghargai sumbangan 300 daripada 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu merancakkan pembangunan di Terengganu.

Katanya, pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM2 juta untuk diagihkan kepada semua NGO bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan masing-masing. -utusan

REPLIKA AL-QURAN ATAS ATAP MASJID!!! HUKOMNYA???


Assalamualaikum.Kepada bijak pandai Islam . Apakah hukumnya kita mereplikakan sebarang tugu atau simbol walau Al-Quran sekalipun di atas tempat yang tinggi sebagai bangaan dalam Islam?

sumber: Ambo Pakoh BN

Syeikh Ibnu 'Utsaimin memperingatkan dua perkara berkaitan al-Quran iaitu jika menganggap menggantungkan ayat al-Quran termasuk dalam ibadah, perbuatan itu tidak pernah dilakukan sabahat dan pengikut mereka.

Atau jika menggantungkan ayat itu dengan niat mengelak keburukan, ia bukan perantara untuk mengelak keburukan tetapi membaca ayat suci al-Quran dapat membantu daripada gangguan serta mengelak keburukan.

apa yang ditunjukkan di dalam gambar ini bukan Al-Quran sebenar tetapi ianya memaparkan seakan-akan al-quran..apa hukomnya???

Bakal Presiden PAS Tok Guru Md Sabu ada jawapan tak agak2???

PAS BAKAL HILANG UNDI !! JANGAN SESEKALI UNDI DAP !!


PAKU:

HAMPIR 5000 ORANG CERAMAH HASAN ALI (SEKSYEN 17)

+

KEHADIRAN RAKYAT BUKTI HASAN ALI TIDAK KESEORANGAN!!

+

DR HASAN ALI IKHLAS BERJUANG KE JALAN ALLAH S.W.T

+

DR. HASAN ALI DIBUANG PAS TANPA DIBERITAHU PERTUDUHAN DAN TIDAK DIBENARKAN MEMBELA DIRI

+

TELAH DIBUANG JAWATAN EXCO NEGERI SELANGOR SEMASA TEMPOH RAYUAN

+

HASAN ALI BERDOA DEMI ALLAH S.W.T, DEMI RASUL BERJANJI

+

TIDAK MENGUNDI DAP

+

ANWAR BERI AMARAN iaitu PENASIHAT EKONOMI SELANGOR!!!

+

KERANA TERLALU KERAP BANTERAS RUMAH URUT, KEDAI ARAK, PENZINAAN

+

ALASAN ANWAR???

+

BIARKAN MEREKA BEREHAT KERANA SIANG TERUK BEKERJA

+

DENGAN TUJUAN

+

DAPAT MENINGKATKAN EKONOMI SELANGOR

=

PAKATAN RAKYAT RETAK MENUNGGU BELAH!!!!

AYUH RAKYAT SELANGOR!!

NYAHKAN PAKATAN RAKYAT DARI BUMI SELANGOR!!!


 SELANJUTNYA DI SRO



PASni UMNO

Selepas Tantawi, Duta Palestin pula 'menempeleng kepala' anuar!!!


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya. 
— BERNAMA

====================================================================

menyokong keamanan Israel sekiranya keselamatan Palestin terjamin...



Israel entiti haram yang terlalu besar dosa terhadap umat Islam. Melindungi mereka adalah pengkhianatan terhadap ummah!! - Ketua Dewan Pemuda Pas

Inilah realiti Anwar yang akan mencari berbagai helah untuk melepaskan 'kote tengkok' dia. Paku tidak hairan kalau para pendengar pemidatoran Anwar percaya kerana paku tahu kelebihan Anwar adalah dari seni pemidatorannya. Perkara yang membuatkan paku hairan ialah masih ramai pendengar yang percaya apa yang anwar katakan itu 100% betul...


ABAI
Asalkan Bukan Anwar Ibrahim





DAP DAN PKR DAH HENTAM AZIZAN BERKENAAN AUKU!!!PAS BILA LAGI???

AUKU: DAP Susuli PKR Bidas Azizan



PULAU PINANG, 30 JAN: Selepas dicemuh olek pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak kini dibidas oleh  DAP ekoran tindakan universiti milik kerajaan negeri  Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya menggunakan Akta Universiti dan KOlej Universiti.

Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim berkata, Azizan membelakangkan janii Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU dalam Buku Jingga apabila beliau mempertahankan penggunaan undang-undang itu terhadap mahasiswa berkenaan.
"Dasar itu bukan kata-kata kosong tetapi prinsip anggota Pakatan, termasuk PAS," kata Sim dalam kenyataannya hari ini.

Sim yang juga ahli majlis Seberang Jaya berkata, isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan pelbagai pihak bagi menunjukkan mekanisme Pakatan Rakyat lebih berkesan.

Minggu lalu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan pensyarah Undang-Undang Profesor Aziz Bari menegur Azizan kerana mempertahankan tindakan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Azizan bagaimanapun menganggap Buku Jingga itu bukan Al Quran dan beliau mempunyai tanggungjawab mempertahankan tindakan KUIN menggunakan AUKU terhadap pelajar terbabit.

Ketua Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata parti komponen Pakatan Rakyat tidak harus mencampuri urusan kerajaan negeri Kedah.

Beliau menyifatkan sebagai  “mudah” untuk PKR mengkritik Azizan kerana parti itu bukan menanggung beban yang dibawa oleh Menteri Besar itu..-antarapos
______________________________________________________________________________

Paku kesian tengok ostad zizan sorang ni, tak cukup dengan hentaman oleh Prof Aziz Bari tambah pula PKR dan terkini DAP...buku JIGGA bukan AL-Quran!!!salah ke kenyataan AZIZAN???bagi paku tak salah..azizan bebas mempertahankan AUKU walaupun dia di dalam PAKATAN. ini membuktikan Pakatan Rakyat juga sokong AUKU dan menganggap Buku Jingga tidak sesempurna Al-Quran..hidup Azizan!!!PKR dan DAP balunlah Azizan (PAS) cukup-cukup...inikah bala dari Allah kepada Azizan yang telah setuju meruntuhkan Rumah Allah demi projek RM 500juta???PAS tersepit di SELANGOR dan KEDAH!!!
PAS, PKR dan DAP langsung tiada KESEPAKATAN!!!PAKATAN hanya pada nama!!!

PASni UMNO!!!



JUAL BAUCER BB1M: 113 MAHASISWA UUM DIPANGGIL BERI KETERANGAN!!



SINTOK 30 Jan. – Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengambil keterangan daripada 113 pelajarnya yang dikatakan terlibat menjual Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebelum apa-apa tindakan diambil terhadap mereka, kata Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

"Kita menyedari tentang penjualan baucar itu sejak bermulanya penyerahan baucar kepada pelajar. Ada individu telah mengiklankan pertukaran baucer itu untuk mendapatkan wang tunai di sekitar kampus.

"Selepas menyedari perkara tersebut, kita telah arahkan pihak keselamatan UUM membuat siasatan dan telah menahan sepasang suami isteri yang datang dari Selangor dan menyewa di apartmen UUM pada 15 Januari lepas sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini bahawa polis telah menahan sepasang suami isteri kerana disyaki membeli sekurang-kurangnya 113 baucar tunai daripada pelajar UUM di sini.

Pasangan itu yang memiliki kedai buku di ibu negara dikatakan menawarkan wang tunai RM180 kepada pelajar universiti terbabit sebagai pertukaran bagi BB1M bernilai RM200.

Mohamed Mustafa berkata, pihaknya mempunyai nama semua pelajar terbabit dan akan memanggil mereka sebaik sahaja semester kedua bermula. – BERNAMA

Paku sebelum ini ada mendedahkan bahawa Mahasiswa yang menerima BB1M perlu mengetahui beberapa perkara di sini...dapat manfaat tu buat beli bukukan bagus!!!bila tak bagi tahu pula membebel kerajaan tak prihatin..bila diberi kau buat sesuka hati...

Sunday 29 January 2012

LAGU AWAN NANO JUARA!!!KETUA CABANG PKR PT SULONG PENULIS LIRIKNYA!!!


Disini paku ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan tahniah kepada Hafiz yang telah menyanyikan lagu berjudul Awan Nano. Pakaian yang digunakan Hafiz pada malam tadi amat santai dengan mengenakan baju t dan berseluar tracksuit. Ternyata kebolehannya menyampaikan lagu amat memukau para juri untuk menobatkan Hafiz sebagai vokalis terbaik dan lagu Awan Nano dipilih sebagai lagu terbaik dalam AJL ke-26 ini.



Disebalik cerita itu, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penulisnya ialah Hasmi Hashim iaitu Ketua Cabang PKR Kawasan Pt. Sulong. Ternyata TV3 sebagai media arus perdana tidak memilih bulu apabila tetap menobatkan sebuah lagi hasil ciptaan seorang yang bernaung dibawah Parti Pembangkang. Apapun yang berlaku, kejayaan Hasmi mampu membuatkan Shamsul Iskandar gelisah kerana sebelum ini Syamsul telah berjaya mengalahkan Hasmi dlm perebutan kerusi ketua AMK 2007.

Namun, pengiktirafan yang diberi belum mampu mengubah persepsi minda masyarakat Pembangkang di Malaysia bahawa TV3 adalah media yang telus. Mereka akan tetap memboikot walaupun TV3 mengiktiraf anggota mereka. Pengiktirafan ini adalah disebabkan bakat yang dipunyai penulis lirik dan juga penyanyinya Hafiz yang mempunyai kemampuan vokal yang tersendiri hasil daripada ketelusan juri menilai.

Dato' Noraini Ahmad

Paku nak ingatkan kepada seluruh anggota UMNO dibawah Kawasan Parlimen Parti Sulong yang dipimpin oleh Dato' Noraini Ahmad perlu berwaspada dengan individu ini kerana beliau mungkin akan menggunakan pengiktirafan ini bagi menarik penggundi yang meminati lagu ini khususnya golongan remaja di atas pagar. Dikhabarkan sebuah markas PKR telah berpengkalan disebuah taman dimana lokasi pasar malam berlangsung pada setiap hari ahad. UMNO Pt. Sulong jangan leka!!!

seperti yang dijangka, mereka akan menggunakan perkara ini sebagai bahan kempen untuk menarik perhatian pengundi...


*Mengikut sejarah kawasan Pt Sulong merupakan Kubu Kuat UMNO..jangan leka!!boleh semak di sini

PENDEDAHAN YANG BOLEH MEMBUATKAN PAS HILANG TARING!!!12 DALIL PAS WAJIB DITOLAK!!!PARTI ADAT DAN SOKANLAH JAWABNYA!!!


PANAS !!! 12 DALIL KENAPA PAS "WAJIB" DITOLAK !!! PAS BUKAN PARTI ISLAM - PAS PARTI ADAT & SUKAN !!!



1. HUKUM MENGIKUT RASA

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. 

Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. 



Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). 


Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.



2. PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. 



Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. 

Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.


3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. 



Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. 

Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain di mana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.



4. MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Institusi Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang lain. 

Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. 

Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang menyifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

Terbaru, program HIMPUN ditentang secara terang-terangan.




5. AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN 

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. 

Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). 

PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).




6. PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. 

PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. 

Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.


7. DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. 

Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. 

Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad".


8. PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. 

Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).




9. PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. 



Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.




10. BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. 

Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini ". 

Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).



11. MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersendakan hudud Allah. 



Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". 

Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. 



Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata : "Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001% daripada hukum Islam". 

Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.




12. PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. 

Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. 

Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. 

Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.



Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. 

Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.



PAS IS DEAD !!!

sumber: I4TT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...