PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Tuesday 31 January 2012

Gelaran Profesor Aziz Bari Digugurkan !! Datuk Sonny Ho tak campur !! Wak Zizan jangan riak !!



Umum telah mengetahui bahawa Encik Aziz Bari telah menamatkan perkhidmatannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mana-mana gelaran Profesor yang diberikan oleh Universiti akan dilucutkan secara automatik sabaik sahaja seseoarang tenaga pengajar menamatkan perkhidmatannya di sesebuah Universiti. Namun, Encik Aziz Bari boleh menggunakan gelaran Profesor sekiranya ada mana-mana Universiti memerlukan Khidmatnya selepas ini. 

Sebelum ini, Encik Aziz Bari telah menyindir Wak Zizan supaya masuk BN apabila Wak Zizan dengan tegasnya mempertahankan AUKU yang dikenakan terhadap penuntut KUIN. Wak Zizan juga mengakui bahawa Buku Jingga yang menjadi pegangan Pakatan Rakyat adalah ciptaan manusia dan standard yang ada pada buku tersebut tidak layak untuk di samakan dengan Kitab Suci Al-Quran.

Paku merasakan sindiran Encik Aziz Bari sebelum ini telah mengguris hati Menteri Besar Kedah. Apa tidaknya, Zizan merupakan ketua pentadbiran negeri Kedah dengan senang disuruh masuk BN oleh Encik Aziz Bari. Paku merasakan, walaupun Wak Zizan tidak setuju dengan dengan prinsip Buku Jingga yang mana mahu menghapuskan AUKU namun dia juga tidak layak menyertai Barisan Nasional. 



Paku mengharapkan agar Wak Zizan jangan cepat berpuas hati apabila gelaran Profesor yang membuatkan Encik Aziz Bari Tersohor sebelum ini telah ditarik balik. Ini kerana, pada 6 Februari 2012, Mahkamah Tinggi Alor Setar akan mendengar sebutan writ saman injuksi Jawatankuasa Madrasah Salihiah ke atas kerajaan negeri Kedah. Sebelum ini, Wak Zizan dengan megahnya mengumumkan bahawa akan merobohkan Madrasah yang mana merupakan tanah wakaf demi projek ratusan juta untuk pembangunan sebuah Komplek Beli Belah, Aman Central.



Paku amat hairan bahawa Wak Azizan masih tetap dengan keputusannya tatkala Pengarah Urusan Kump Bellevien Datuk Sonny Ho yang berbangsa Cina tidak mahu mengulas berkaitan isu merobohkan Madrasah dan menyerahgkan bulat-bulat kepada Wak Azizan. Ini bermakna, sama ada Madrasah Salihiah akan dirobohkan atau tidak itu terletak ditangan orang yang BERKUASA MB KEDAH..

Sebelum ini, Wak Zizan dengan lantang mengatakan bahawa "sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan negeri dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek pembangunan Aman Central akan dilaksanakan mengikut jadual."

Tunggu 6 Februari ini keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang mana akan mendengar sebutan writ saman injuksi Jawatankuasa Madrasah Salihiah ke atas kerajaan negeri Kedah. Kalau diikutkan kata-kata Wak Zizan ini, dia tetap akan merobohkan madrasah itu demi projek RM 500 juta tersebut. Umat Islam terpaksa melopong kalau benar apa yang dikatakan Wak Zizan ini akan dilakukan.

Psst: Adat Orang Berkuasa mampu melakukan apa sahaja !! jangan nanti dah hilang segala-galanya baru nak menyesal!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...