PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Monday 23 January 2012

DAP KENA BUKTIKAN BILANGAN ORANG MELAYU SERTAI DAP KALAU ADA TELUR!!!




Pemuda Barisan Nasional (BN) mencabar kredibiliti pemimpin DAP agar mengemukakan lebih ramai ahli daripada kaum Melayu bagi membuktikan parti itu sebagai sebuah parti berbilang kaum. 

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, kemampuan DAP yang hanya mengemukakan tiga orang ahli Melayu tidak boleh membuktikan kewajaran parti itu menggunakan istilah 'DAP parti berbilang kaum'. 

"Pemuda BN cabar DAP umumkan berapa ramai ahlinya yang datang daripada masyarakat Melayu...jangan hanya tunjuk tiga orang itu sahaja tapi (tunjukan) keanggotaan keseluruhan jika benar mereka ini adalah parti berbilang kaum," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong di sini hari ini. 

Beliau mencabar kepimpinan DAP di semua peringkat untuk membuktikan keahliannya daripada orang Melayu. "...tetapi jangan cakap DAP parti berbilang kaum jika mereka tak dapat terima keanggotaan (yang lebih banyak) daripada masyarakat Melayu," katanya. - BERNAMA


Nak tunggu DAP buktikan lambat...Meh sini Paku Buktikan bahawa orang Melayu yang masuk DAP!!!


MUSLIMAH PAS MASUK DAP?!!


PAK CIK MASUK DAP?!!


Aku TAAT pada yang SATU!!!wow!!!


phewwwitttt...

kalau kita lihat gambar di atas ternyata ada orang Melayu yang telah masuk DAP. Paku yakin bahawa orang yang masuk DAP ini sememangnya berada dalam kalangan orang yang ANTI BN. Bermakna mereka ini sememangnya sudah ada dalam golongan Pembangkang dalam erti kata lain Pakatan Rakyat. 

Paku tak hairan kalau ada orang PAS yang dah cuci kaki daripada PAS kerana merasakan dikhianati kerana status terbaru Parti Adat dan Sukan membuatkan mereka tidak boleh menerima kenyataan. Jadi untuk menyedapkan hati mereka, maka mereka sertai DAP dalam kempen pilihanraya. Bukan itu sahaj, prinsip menegakkan negara Islam telah bertukar kepada negara berkebajikan menambahkan perasaan sakit hati dalam kalangan penyokong PAS sendiri.

Kalau nak masuk PKR mereka sangsi dengan kredibiliti Anwar yang kita sedia maklum mempunyai berbagai masalah moral peribadi ditambah pula dengan PKR diketahui umum bahawa mereka mengutamakan kroni dan anak beranak. 

Paku yakin majoriti orang Melayu yang masuk DAP adalah dari kalangan penyokong tegar PAS dan PKR. Kalau perkara ini benar, ia bukan petanda masyarakat Melayu menolak UMNO tetapi sebagai malapetaka bagi pihak PAS dan PKR. DAP telah menjadi barah yang sangat bahaya dalam tubuh badan pakatan rakyat sehingga mereka berjaya memecahkan monopoli penguasaan Melayu daripada PAS dan PKR..

* PAS dan PKR harus bimbang kerana sebahagian penyokong mereka telah mula menerima dan memberi sokongan kepada DAP...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...