PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Monday 23 January 2012

MAHASISWA TAMAK!!!!JUAL BB1M KERANA TAK BOLEH MAKAN!!!




umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah memberi Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk tujuan pelajar membeli BUKU dan KEPERLUAN BELAJAR di Kedai-kedai yang diiktiraf. Antara kedai yang diiktiraf ialah kedai buku POPULAR.

Paku amat kesal dengan tindakan Mahasiswa yang telah menjual baucer tersebut kepada pihak lain. Melalui maklumat yang diterima, rata-rata yang menjual baucer ini adalah penuntut yang langsung tak reti bersyukur dan tidak menghargai pemberian kerajaan. Kebiasaannya mereka menjual baucer tersebut kepada pekedai yang ingin mengaut keuntungan atas angin. Pihak kedai membeli baucer BB1M dengan harga RM 160 terhadap baucer yang berharga RM 200..

Di sini kita dapat melihat bahawa kebodohan Penuntut Universiti di Malaysia. Bagi paku, kalau mahasiswa telah kesempitan wang lebih elok menjualnya kepada rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya hasrat kerajaan untuk membantu penuntut akhirnya tercapai walaupun bukan individu yang sebenar. 

Masa DS Najib mengumumkan belanjawan 2012 timbul pula satu video yang menunjukkan rasa tidak puas hati masyarakat terhadap belanjawan 2012 yang dibentangkan. Dalam video tersebut, paku ada ternampak 2 orang mahasiswi menyatakan bahawa baucer BB1M bernilai RM 200 itu tidak mencukupi. Mereka mengatakan bahawa buku-buku harga sangat mahal. Sekiranya harga buku tersebut mahal mengapa tidak menambah dengan wang sendiri. Sekurang-kurangnya beban dapat diringankan. Hasrat Kerajaan mahu membantu disamping meringgankan beban tetapi tindakan menjual Baucer ini adalah tindakan yang sangat bodoh.

*maklumat dari seorang mahasiswa, ada pekedai di kawasan Universiti menawarkan pertukaran Baucer dengan harga RM 150-160...siasat!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...