PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Monday 30 January 2012

DAP DAN PKR DAH HENTAM AZIZAN BERKENAAN AUKU!!!PAS BILA LAGI???

AUKU: DAP Susuli PKR Bidas Azizan



PULAU PINANG, 30 JAN: Selepas dicemuh olek pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak kini dibidas oleh  DAP ekoran tindakan universiti milik kerajaan negeri  Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggantung lima mahasiswanya menggunakan Akta Universiti dan KOlej Universiti.

Bendahari Pemuda DAP Pulau Pinang Steven Sim berkata, Azizan membelakangkan janii Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU dalam Buku Jingga apabila beliau mempertahankan penggunaan undang-undang itu terhadap mahasiswa berkenaan.
"Dasar itu bukan kata-kata kosong tetapi prinsip anggota Pakatan, termasuk PAS," kata Sim dalam kenyataannya hari ini.

Sim yang juga ahli majlis Seberang Jaya berkata, isu itu boleh diselesaikan melalui perbincangan pelbagai pihak bagi menunjukkan mekanisme Pakatan Rakyat lebih berkesan.

Minggu lalu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan pensyarah Undang-Undang Profesor Aziz Bari menegur Azizan kerana mempertahankan tindakan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Azizan bagaimanapun menganggap Buku Jingga itu bukan Al Quran dan beliau mempunyai tanggungjawab mempertahankan tindakan KUIN menggunakan AUKU terhadap pelajar terbabit.

Ketua Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata parti komponen Pakatan Rakyat tidak harus mencampuri urusan kerajaan negeri Kedah.

Beliau menyifatkan sebagai  “mudah” untuk PKR mengkritik Azizan kerana parti itu bukan menanggung beban yang dibawa oleh Menteri Besar itu..-antarapos
______________________________________________________________________________

Paku kesian tengok ostad zizan sorang ni, tak cukup dengan hentaman oleh Prof Aziz Bari tambah pula PKR dan terkini DAP...buku JIGGA bukan AL-Quran!!!salah ke kenyataan AZIZAN???bagi paku tak salah..azizan bebas mempertahankan AUKU walaupun dia di dalam PAKATAN. ini membuktikan Pakatan Rakyat juga sokong AUKU dan menganggap Buku Jingga tidak sesempurna Al-Quran..hidup Azizan!!!PKR dan DAP balunlah Azizan (PAS) cukup-cukup...inikah bala dari Allah kepada Azizan yang telah setuju meruntuhkan Rumah Allah demi projek RM 500juta???PAS tersepit di SELANGOR dan KEDAH!!!
PAS, PKR dan DAP langsung tiada KESEPAKATAN!!!PAKATAN hanya pada nama!!!

PASni UMNO!!!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...