PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Monday 23 January 2012

LAWAN MB KHALID!!!IBRAHIM ALI DILARANG MASUK SELANGOR?!!


SHAH ALAM, 23 JAN : Pas Selangor menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak bertindak secara keterlaluan serta menghormati hak asasi individu susulan cadangan Setiausaha Politik Menteri Besar mahukan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dilarang masuk negeri ini.

Faekah Husin membuat cadangan mengejut itu selain mengesyorkan tindakan undang-undang terhadap Ibrahim setelah Ahli Parlimen Pasir Mas itu membidas keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Exco Hal Ehwal Agama minggu lalu.

Ibrahim dilaporkan berkata, pemusatan kuasa mengenai hal ehwal Islam kepada Khalid  bertujuan untuk memberi jalan kepada maksiat bercambah di Selangor selain dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Dr Rani berkata beliau tidak tahu sama ada kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk melarang Ibrahim memasuki Selangor namun yang lebih penting ialah sama ada langkah itu wajar.

“Wallahualam, saya tidak tahu perkara ini dan bolehkah tindakan seperti itu diambil kerana saya baru kali pertama dengar ini. Pada saya semua orang ada hak untuk bercakap, dia (Ibrahim Ali) hendak kata apa pun kata, tetapi yang menjadi hakim itu ialah rakyat,” katanya kepada Antarapos.com.

Faekah mendakwa Menteri Besar amat memandang serius tohmahan Ibraim dan akan membincangkan isu tersebut dengan semua agensi terbabit dan Penasihat Undang-undang Negeri selain pihak Istana.

Bagaimanapun Dr. Rani, menegaskan rakyat adalah pihak yang lebih sesuai untuk dijadikan wadah bagi menghukum Ibrahim di atas tuduhannya.

Khalid mengambil alih portfolio hal ehwal agama Islam dalam rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 18 Januari lalu.

Jawatan itu disandang oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum beliau  dipecat Pas awal bulan ini.

Khalid memutuskan untuk tidak mengembalikan jawatan itu kepada pengganti Hasan, Dr Ahmad Yunus yang cuma diberikan portfolio Adat Melayu, Beliau dan Sukan.  

Faekah mendakwa keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam adalah penghinaan kepada Sultan selaku Ketua Agama Islam di Selangor.

Dalam kenyataannya, Faekah menambah, tindakan Ibrahim yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan.


sumber : Antara Pos

dimana keadilan yang dicanang-canangkan?

baru tegur MB dah tak bagi masuk negeri...

KHALID macam sempurna!!!

PAS = PARTI ADAT & SUKAN!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...