KUALA LUMPUR 28 Jan. - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan hari ini menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.
Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).
"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.
"Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT," katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya hari ini.
Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.
Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin.-utusan
Paku amat berharap supaya pas keluarkan diri daripada diperbodohkan oleh anuwar!!sedarlah orang pas..kita lihat kembali bagaimana anwar menggunakan pentas pidato untuk membenarkan yang batil. Paku tak kisah kalau anwar mengarut kerana dia memang macam itu tapi paku hairan bila ada orang pas dalam video ini langsung tak nampak apa yang silap dilakukan oleh Anwar...
psst: kalau salah tu jangan kecut telur nak tegur!!!PAS masih diam lagi ke..zuhud ke sampai pkr pijak kau!!tak cukup lagi apa yang berlaku di selangor Parti Islam Semalaysia ditukar kepada Parti Adat dan Sukan???tak sedar lagi ke!!!zuhud sangat ke anwar ni???
Masih Ramai Orang PAS yang masih dipukau oleh ANwar!!!!
PESANAN UNTUK ORANG PAS:
Hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu. Kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa PAS kini berada dalam kancah pergolakan. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya. Sebagai parti yang besar, kenyataan itu amat luar biasa, ini mungkin kesan konflik yang berlaku dalam PAS, termasuk isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. Situasi ini juga mungkin memberi tamparan hebat kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sepatutnya membuat keputusan seperti itu memandangkan beliau telah uzur dan sudah lama sebagai Menteri Besar Kelantan. - Terompah Besi
No comments:
Post a Comment