Disini paku ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan tahniah kepada Hafiz yang telah menyanyikan lagu berjudul Awan Nano. Pakaian yang digunakan Hafiz pada malam tadi amat santai dengan mengenakan baju t dan berseluar tracksuit. Ternyata kebolehannya menyampaikan lagu amat memukau para juri untuk menobatkan Hafiz sebagai vokalis terbaik dan lagu Awan Nano dipilih sebagai lagu terbaik dalam AJL ke-26 ini.
Disebalik cerita itu, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa penulisnya ialah Hasmi Hashim iaitu Ketua Cabang PKR Kawasan Pt. Sulong. Ternyata TV3 sebagai media arus perdana tidak memilih bulu apabila tetap menobatkan sebuah lagi hasil ciptaan seorang yang bernaung dibawah Parti Pembangkang. Apapun yang berlaku, kejayaan Hasmi mampu membuatkan Shamsul Iskandar gelisah kerana sebelum ini Syamsul telah berjaya mengalahkan Hasmi dlm perebutan kerusi ketua AMK 2007.
Namun, pengiktirafan yang diberi belum mampu mengubah persepsi minda masyarakat Pembangkang di Malaysia bahawa TV3 adalah media yang telus. Mereka akan tetap memboikot walaupun TV3 mengiktiraf anggota mereka. Pengiktirafan ini adalah disebabkan bakat yang dipunyai penulis lirik dan juga penyanyinya Hafiz yang mempunyai kemampuan vokal yang tersendiri hasil daripada ketelusan juri menilai.
Dato' Noraini Ahmad
Paku nak ingatkan kepada seluruh anggota UMNO dibawah Kawasan Parlimen Parti Sulong yang dipimpin oleh Dato' Noraini Ahmad perlu berwaspada dengan individu ini kerana beliau mungkin akan menggunakan pengiktirafan ini bagi menarik penggundi yang meminati lagu ini khususnya golongan remaja di atas pagar. Dikhabarkan sebuah markas PKR telah berpengkalan disebuah taman dimana lokasi pasar malam berlangsung pada setiap hari ahad. UMNO Pt. Sulong jangan leka!!!
seperti yang dijangka, mereka akan menggunakan perkara ini sebagai bahan kempen untuk menarik perhatian pengundi...
*Mengikut sejarah kawasan Pt Sulong merupakan Kubu Kuat UMNO..jangan leka!!boleh semak di sini
3 comments:
Itulah kerajaan, stesen tv arus perdana, paper arus perdana xder nak sekat sesiapa karyawan asalkan korang tulus dlm bidang memasing.
ustaz bob lokman tak nak komen ke.kalau orang umno habis dihentamnya.
simpan bro...tak boleh terlebih ampu...kehkehkeh
Post a Comment