PASni UMNO

PASni UMNO

JOM IKUT WAK PAKU TEKAN PAKATAN HARAM JADAH!!!

Tuesday 31 January 2012

Rakyat Malaysia Masih Ramai yang Bodoh Rupanya


Sebelum ini Wak perasan ada pihak di media sosial memainkan gambar yang di sebelah Kanan kononnya kejadian ini dapat memaparkan kelemahan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia. Namun gambar tersebut telah dijelaskan bahawa ianya bukan berlaku di Malaysia tetapi di Indonesia. 

Timbul pula pula gambar yang menunjukkan keperitan sekumpulan anak-anak kecil yang terpaksa menyabung nyawa untuk kesekolah dengan hanya memaut tali yang mana jambatan asal telah musnah. Ini perkara yang sangat menyedihkan kerana negara kita punyai waktu 8 tahun sahaja lagi untuk menuju negara maju iaitu Wawasan 2020.

Wak agak hairan apabila wak baca komen2 daripada pengunjung asal gambar ini, hampir kesemuanya menyalahkan kerajaan secara total. Hampir kesemua komentar mengkritik membabi buta tanpa bertanya dimanakah lokasi jambatan ini. Wak juga hairan, mereka hanya nampak SABAH terus menyalahkan Barisan Nasional. Bayangkan negara kita hendak mencapai status negara maju tetapi minda rakyat baru kelas ke-3. Sebagai rakyat yang prihatin, mereka akan cuba bertanya kepada orang yang bertanggungjawab memuatnaik gambar ini dimana lokasi yang setepatnya. Ini penting supaya bantuan dapat diberikan secepat mungkin.

Ada juga pengunjung yang memberi maklumbalas bahawa bila sudah ada kematian baru kerajaan hendak bertindak. Jawapan wak mudah sahaja, kerajaan bertindak sebab sudah dimaklumkan ada kematian bermakna kalau perkara ini diadukan kepada pusat-pusat khidmat masyarakat yang berhampiran insya'allah wak rasa wakil rakyat akan membantu. Masalah pokoknya sekarang lokasi pun tidak tahu macam mana wakil rakyat hendak membantu. Kalau ditanya kepada pengunjung yang memaki hamun dimana lokasi, rata-rata hanya akan jawab Sabah tapi tak tahu lokasi khusus. Bodohkan...

Di sini wak paparkan beberapa komen pengunjung yang mana hanya mempunyai tanggapan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Sabah.



antara komen yang positif:



SESIAPA YG MENGETAHUI DIMANA LOKASI INI, SILA TINGGALKAN PESANAN DI RUANGAN KOMEN!!!SAMA-SAMA KITA BANTU ADIK-ADIK INI UNTUK KE SEKOLAH DENGAN SELAMAT...


3 comments:

Anonymous said...

kalo dulu mmg ada jambatan yang telah usang mcm ini tpi skrg nie tak tau la... setahu saya yg banyak mnggunakan jambatan gantung mcm nie ada lah di kawasan pedlaman sabah & sarawak... kalo di sabah sperti di tamparuli, tambunan, keningau, nabawan, pensiangan, sook, beaufort, tenom... mngkin la di lokasi trsebut... tpi tak la seteruk mana jambatan tu sampai mcm tu brdepan dgn sungai yg besar... tak lojik sngguh..

Anonymous said...

saya rase gmbr ni pernah keluar kat paper bbrp tahun yg dulu.. ini gmbr lama.. mase tu dah dijanjikan utk amik tindakan yg sepatutnya.. da selesai kot mslh ni..

tp aku mmg serius.. gmbr kat sabah ni mmg macam pernah tengok.. mmg pernah keluar kat berita harian rasenye.. front page lg..

Anonymous said...

setuju dengan tajuk...rakyat malaysia majoritinya masih bodoh kerana tetap memilih umno/bn sebagai kerajaan..

terbukti umno/bn ini tidak memikirkan kebajikan rakyat..yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin..

sudah tiba masanya patut ditumbangkan rejim purba ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...